Chapter 20

497 35 0
                                    



"PEHAL ngan kau ni Eiz?"

"Tah. Macam laki mati bini aku tengok." Tegur Dzar kepada Eiz yang dari tadi tak senang duduk.

Melihat dahi berkerut Eiz membuatkan satu meja menyoal banyak.

Eiz memicit kepalanya kuat. Gigi diketap sekuat mungkin. Tak berhenti berdecit dari tadi. Muka mula merah.

"Wei kau okay tak ni?" Tanya Luth penuh prihatin.

"Tak ada apalah. Sakit kepala sikit je ni." Balas Eiz. Padahal tangan tu tak henti-henti picit kepala.

"Kau ni banyak fikir sangat ni."

"Mesti pasal kerja yang pengetua bagi tadi tu kan?" Rafiqy sengih. "Nasib kau lah. Head prefect memang macam ni la lumrah dia bro." Bahu Eiz ditepuk.

"Alah, kau buat derk sudah la Eiz. Kau bagi je assistant buat. Tugas penolong ikut cakap ketua right?" Naufal menyampuk.

Eiz angkat muka. Ingin mengatakan sesuatu tetapi tak termampu. Jelas mimit muka tahan sakit tuh.

"Wei Eiz. Muka kau merah gila. Serious tak tipu." Rafiqy menunjuk.

Ahhhh sudah. Takkan jadi balik kot? Jangan lah sakit sekarang.

Eiz menggeleng perlahan. "Taklah. Sakit sikit je. Kau tolong picitkan jap Ayyad."

"Eh kenapa aku pula?" Mengelak.

"Ish buat je lah. Cakap banyak betul." Tangan Ayyad ditarik. Paksa.


++++++++++



"Ika jom." Buku-buku siap dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Beg digalas. Citra menunggu Ika yang masih tekun menulis karangan bahasa melayu respon terbuka "Kesan-kesan Telefon Bimbit kepada Pelajar Sekolah".

Hiho

"Kau baliklah dulu. Aku ingat nak siapkan homework kejap."

"Rajinnya kau. Malam ni boleh buat apa?"

"Tak nak ah. Aku takut malam ni aku mengantuk. Petang ni training wak.." Balas Ika bersahaja.

Citra buat muka. "Ya lah ya lah..aku pergi dulu ni. Take care."

"Bye." Ika melambai. Melihat Citra berlalu sehingga hilang dari pandangan. Kemudian dia meneruskan kerjanya.

Lebih lima belas minit menulis, Ika meletakkan pen.  "Ahhhh...finally. Siap pun." Tangan diangkat. Mengeliat. Lenguh segala urat-urat tengkuk.

Jam tangan dilihat sekilas. "Mak kau dah pukul berapa dah ni? Lewat gila."

5.30 petang

Kami habis sekolah pukul 2.30. Lepas zohor selalunya akan stay kat kelas sebab nak siapkan kerja sekolah or study. Tapi kali ni dah sampai 5.30 aku duduk kat kelas sorang-sorang ni. Nampak tak di situ betapa banyaknya homework cikgu bagi?

Tetiba baru teringat.

Aku bendera Jepun sekarang. Tak payah la kalut nak solat.

Sekarang dah waktu training bola tampar dekat court. Aku dengan tukar baju pun tidak. Hummm pontenglah sehari. Tak apa kan?

Lagipun malas nak jumpa si mamat trainer tu.

Jadi selepas itu aku pun membuat keputusan untuk pergi ke belakang kabin. Satu-satunya tempat lepak aku.

Nak main phone. Hehe



++++++++


Selepas solat asar, terus aku membawa diri ke sekolah. Alang-alang sir Hafizi tak datang lagi, adalah peluang aku nak ke kelas. Baru teringat tertinggal dompet kat bawah meja. Disebabkan sakit kepala tadi ni jadi bengong terus. Benda penting pun boleh lupa.

Us ✔Where stories live. Discover now