Chapter 6

507 43 0
                                    






USAI mengemas khemah, kami semua berkumpul di dataran. Entah kenapa cikgu tak benarkan kami semua mandi, itu aku tak tahu.

Semua dengan mata sebek, eyebag lapan kilo. Yang tengah duk menguap tu ha belambak!

Tudung yang senget aku perbetul. Mata yang sedikit celik digosok lembut. Mengantuk tak tau nak katalah. Untuk kemarin saja dah buat macam-macam aktiviti. Flying fox, climbing wall, merentas halangan and malam semalam pula buat night owl.
Tidur pukul 2.30 beb. Kau rasa? Bangun awal-awal pagi pula. Mana tak mengantuknya.

Kami duduk dalam kumpulan. Dalam keadaan berbaris.

"Baik. Okey semua. Hari ni kita akan.." Terhenti Cikgu Shobri dibuatnya melihat anak-anak di depan semuanya tersengguk-sengguk. Masing-masing menongkat dagu.

"Haiii, mengantuk lagi ke?!" Cikgu Shobri bercekak pinggang. Jam dikerling. Pukul 7.00 pagi.

"Mengantuk~………" jawapan mendatar dari semua orang. Termasuklah aku.

Cikgu Shobri menggeleng. Ustazah Fatimah tergelak.

Dari dorm guru sebatu jauh dari dataran, terdengar bunyi wisel ditiup kuat bergema seluruh kawasan. Siapa lagi yang buat bising tu kalau bukan Cikgu Ehsan. Bergegas cikgu datang ke sini.

"Woi woi woi. Apa ni lembik lembik semua ni? Bangun! Bangun!" Kepala demi kepala diluku. Sekali kepala aku Cikgu Ehsan luku. Sakit la cikgu oiii 😭

"Dah dah. Bangun semua! Pagi ni kita nak jungle trekking." Ustazah Fatimah tepuk tangan. Mengejutkan kami yang terlena.

Masing-masing bangun mengeliat. Ada yang menggosok-gosok mata menghilangkan kantuk. Kami diarah untuk membasuh muka dan kembali ke dataran.

"Baik, sila berbaris ikut kumpulan." Cikgu Shobri mengarah tegas. Kini kami semua dah segar. Sedia nak redah hutan!

Tak sampai 10 saat, semua pelajar dah berbaris dalam kumpulan masing-masing. Aku berdiri belakang sekali. Saja la.

"Penghulu? Penghuluwati? Sila bagi laporan."

Dzar dan Ema serta-merta tampil ke hadapan.

"Ada siapa-siapa yang sakit?" Tanya Cikgu Shobri.

"Tak ada cikgu." Kedua-dua menyahut serentak. Jawapan Dzar dan Ema dibalas anggukan oleh ketiga-tiga orang cikgu di hadapan. Cikgu Ehsan, Cikgu Shobri dan Ustazah Fatimah.

"Baik. Kita akan start aktiviti jungle trekking kita pukul 7.30 kejap lagi sementara nak tunggu fasi dan cikgu-cikgu lain datang."

"Ada kat sini yang sakit? Lelah? Asma ke? Sakit jantung? Yang tak boleh buat aktiviti lasak?"

"Tak ada!"

"Okey bagus."

"Oh sebelum tu. Kamu semua tak pilih lagi kan ketua kumpulan? Ha cikgu bagi 1 minit pilih ketua kumpulan then lapor dekat penghulu." Arah Cikgu Ehsan.

Baiklah so the result is ketua group aku pun dah dipilih. Siapa lagi kalau bukan si mamat kerek tu. Semu orang tunjuk dia. Sikit-sikit dia, balik-balik dia. Ceh, bertanggungjawab la sangat kan. 

"Kalau dah ada ketua mesti la kena ada penolongnya kan? So Ika, I choose you. No excuse."

Terjegil biji mata. Seriously dia ni? Aku? Dia demam ke?  Wei please la.

"Don't comment anything, bila aku kata kau so kau. Tak payah nak cakap banyak. Member yang lain sila bagi kerjasama. Please respect your leader." Laju mulut Eiz bercakap tanpa sempat aku mencelah.

Us ✔Where stories live. Discover now