Chapter 39

528 41 9
                                    






IZZAH berjumpa dengan Eiz selepas tamat waktu prep malam untuk memberikan barang daripada Puan Aisyah. Berleter panjang si mamat tu ha sebab umi tak singgah jumpa dia. Datang hantar makanan je hum.

"Weekend ni along tak balik kan?"

"Haah. Form 5 stay asrama."

"Ni umi hantar tadi kat pondok guard." Not RM20 dihulurkan beserta bungkusan plastik merah.

"Apa ni?" Eiz jongket kening. Dibeleknya plastik itu.

"Pavlova. Sedap! Umi yang buat." Ujar Izzah.

"Serious lah? Rajinnya umi. Tetiba buat pavlova."

"Izzah call umi tadi, umi kata sebab hari ni ada majlis persaraan siapa tah. Tu yang umi rajin buat tu. Katanya kawan-kawan umi suka pavlova yang umi buat.. Dah alang-alang, buat la kat kita sekali. Teringat katanya." Cerita Izzah panjang lebar.

Eiz tersenyum. Haih umi, comel betul. Rindu la pulak.

"Ha pavlova dalam tu ada dua tau. Bagi dekat kak Ika sama."

Perlahan-lahan senyum Eiz mati. Dia terdiam lama.

Izzah yang perasan mimik muka Eiz, usya pelik. "Izzah ada salah cakap ke?"

Kebetulan pula pada masa yang sama Ika lalu di tempat tersebut. Izzah yang sedar akan kehadirannya di situ tersenyum riang.

"Akak!" Izzah melambai.

"Laaa Izzah, buat apa kat si.." Terhenti   Ika apabila menyedari Eiz turut berada di situ.

"Ni umi ada bagi pavlova. Share tau dengan along." Pesannya.

Ika senyum awkward. Dirinya diperhati oleh Eiz.

"Urm tak apa lah, akak tak makan lah pavlova."

"Alahhh... Cuba lah makan. Sedap tau umi buat! Rugi tau kalau akak tak try ni."

"Urmm tak apa lah Izzah, akak kenyang lah. Izzah je lah yang makan."

"Izzah dah makan tadi. Akak simpan je lah, taruh untuk makan esok." Struggle teruk dia ni paksa Ika makan juga.

"Dah dia tak nak tak payah la." Celah Eiz tiba-tiba. "Nak paksa-paksa apa lagi kalau orang dah tolak." Mendatar suaranya.

Izzah jongket kening melihat Eiz. Dah kenapa?

Ika tunduk.

"Izzah tak payah nak mesra sangat dengan dia tu. Buat baik macam mana pun perangai tetap sama je. Dia tu tak layak pun jadi kakak Izzah." Kata-kata Eiz membuatkan kedua-dua gadis di hadapannya terbeliak.

"Along apa along cakap ni?" Izzah kerut dahi.

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Along dah buat sehabis baik dah tapi macam tak ada function je. Maybe salah jodoh kot."

"Eiz, how could you.." Hati Ika punah. Hancur. Tubir mata mulai banjir. Dia merenung Eiz dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.

"Or lebih tepat lagi abah silap sebab percayakan along. Along tak mampu nak ubah dia ni. Tak boleh. Susah sangat. I just, can't stand it anymore." Selamba sahaja Eiz berbicara.

Telinga tak mampu lagi untuk menadah. Ika laju beredar dari situ dengan air mata yang bergelinang.

"Akak!" Izzah cuba menahan Ika namun terlambat. Dia terlebih dahulu mengangkat kaki.

"Along, you.. " Izzah mengetap gigi. Tangan sudah menggenggam penumbuk.

"Ergh, this is out of limit. You jerk." Izzah meninggalkan abangnya. Berlari mendapatkan Ika.



Us ✔Where stories live. Discover now