Chapter 72

498 34 16
                                    






"Kakak cepat lah! Isyaf nak aiskrim.." Skirt labuhku dicengkam. Kuat tangan kecil itu menarikku ke arah ice cream stall yang tak berapa jauh dari kami.

"Emir Isyraf, sabarlah. Jangan tarik kak Ika macam tu boleh tak?" Marah Izzah.

Edhan pula dah tergeleng melihat karenah Isyraf. Budak kecil yang satu ni buat perangai macam tak pernah masuk mall.

Langsung tak nak duduk diam!

Aku hanya tersenyum ringkas. Penat sebenarnya. Tapi layankan saja lah.

Mood aku sebenarnya tak berapa elok sekarang ni. Mungkin sebab period kot. Tambah pula dengan senggugut yang tiba-tiba saja menyerang.

Boleh pula waktu nak bayar kat kaunter tadi, bahagian bawah tu sakit . Nasib aku boleh cover lagi. Sekarang aku betul-betul nak balik cepat.

Sudah dua jam lebih kami di Tesco ni, beli barang dapur untuk masak. Bahan mentah kat rumah banyak yang dah habis. So, barang yang dibeli pun penuh juga la satu troli.

Asalnya nak keluar dengan Eiz dan Izzah je. Tapi yang lain tu mengada nak ikut sekali.

Maka terjadilah siblings out kat sini.

"Cepat cepat!" Isyraf melompat riang. Semakin laju langkahnya ke hadapan.

"Yeay yeay, beli aiskrim beli aiskrim."

"Ya Isyraf. Sabar.. Jangan lari." Pesanku sambil memerhati Isyraf.

Izzah dan Edhan terlebih dahulu meluru ke hadapan. Mengawasi Isyraf. Bimbang sekiranya dia akan pergi lebih jauh.

Haih, nasiblah ada diorang berdua.

Yang Isyraf ni pun satu. Terlebih makan gula ke yang jadi hyper sangat hari ni?

"Akak, akak tunggu je sini. Biar Izzah dengan Edhan je teman Isyraf." Edhan dan Izzah kemudian bergerak ke arah Isyraf yang sudah tercegat di hadapan peti aiskrim itu.

Aku hanya tersenyum nipis seraya menghembus nafas lega.

Akhirnya.. Bolehlah rehat kejap.

Oh by the way. Mesti korang tertanya-tanya kan Eiz pergi mana?

Dia singgah beli tealive. Craving katanya.

Aku berhenti memakir troli di tepi jalan sementara menunggu. Kawasan di sekitarku dipandang.

Tak ada kerusi ke kat sini? Aku nak duduk.

Buat kesekian kalinya, senggugut menyerang lagi. Aku tertunduk lantas terduduk. Sakit yang menyerang kali ni bukan biasa-biasa. Tangan kananku mencengkam kuat bahagian perut manakala tangan yang satu lagi mencengkam besi troli. Gigi diketap rapat menahan sakit.

Ya Allah, sakitnya!

"Hey, bidadari.."

Belum sempat aku menoleh ke belakang, ada satu tangan sudah memaut bahu aku.

"Kenapa ni?" Soal Eiz yang turut bercangkung di sebelah aku.

Soalannya aku biar sepi.

"Hey. Sakit ke?" Semakin rapat aku ditarik ke dalam dakapan.

"Eiz, sini public la." Aku mendengus perlahan. Lengan Eiz ditepis.

Telinga aku dapat menangkap Eiz yang mengeluh perlahan.

Dia bangun berdiri lalu meletakkan plastik tealive yang dibelinya ke dalam troli. Kemudian dia tunduk semula merapati aku. 

"Asal ni? Sakit perut ke?"

Us ✔Where stories live. Discover now