Chapter 23

475 39 4
                                    







"KAHWINN?!!"

Papa hanya mengangguk tenang. Mama di sisi tersenyum bahagia. What happen to both of you?

"Papa gila ke?! No! Ika tak nak. Ika takkan kahwin dengan siapa-siapa pun." Bentakku keras.

"Ika please lah faham. Papa dan mama buat semua ni untuk kebaikan Ika juga." Ujar papa.

"Kebaikan? Kebaikan apanya?!"

"Kami nak Ika berubah. Tu je sayang.." Mama cuba untuk tenangkan aku.

"Berubah? But why you have to do this way? Tak ada cara lain ke?" Aku meninggi suara.

"Kalau macam ni lah cara semua orang layan Ika, sampai bila-bila pun Ika tak akan berubahlah! Tolonglah. Don't force me. Ika tak suka. Ika takkan pernah setuju dengan benda bodoh ni!"

"Never!"

"Ika! You have to marry him no matter what. Bulan depan korang nikah. Mama dan uruskan semua. Nikah je tak payah bersanding. Bersanding tu lima tahun nanti pun boleh buat. Tak ada cancel cancel. Remember, we are your parents. I'm your mom Ika. You must obey our command. Fullstop." Arah mama tegas.

"Ika tak nak faham tak!!"

"Ika! Jangan melawan boleh tak? Sebab perangai Ika macam ni lah papa dengan mama paksa Ika kahwin. Ajar sikit diri tu macam mana nak hormat orang." Papa pula bersuara. Garang.

Aku separuh gila. Geram. Air mata mula menitis perlahan. "Kenapa tak ada siapa pun yang faham Ika? Please.. Respect my choice. Ika nak ambil exam lah tahun ni. Papa tak fikir ke? Ika baru 17 tahun ma, pa.. Ika tak nak kahwin! Ika tak nak!" Lawanku lagi. Nadaku tidak dapat dikawal lagi.

"Maaf Ika. Eizzaril pun dah setuju, parents dia pun dah bagi greenlight. So kita perlu teruskan." Sambung mama.

"What? Eiz?!!" Aku terpana.

Aku tak salah dengar kan? Eiz? Eizzaril Ikhwan? Are you kidding me?!!

"How could you! Kenapa nak nikahkan Ika dengan orang yang Ika benci? Why?! Ika tak pernah suka dia dan Ika takkan pernah kahwin dengan dia! Nope!"

"Ika takkan pernah setuju dengan benda bodoh ni. Never!" Aku meluru ke bilik tidur selepas menghabiskan kata-kata yang terakhir.

Pintu bilik dihempas kuat. Pintu dikunci. Aku rebah. Tak kuat. Penat dengan semua ni.

Aku bersandar pada pintu. Tangis yang tak dapat ditahan lagi akhirnya dilepaskan. Ya Allah aku tak kuat ...

Kenapa aku yang harus kau uji sebegini rupa Ya Allah? Kenapa aku? Aku tak mampu Ya Allah, aku tak mampu! Aku penat!

Aku memeluk lututku erat. Esakan semakin kuat. Sedu-sedan makin menjadi-jadi.

Kenapa tak ada orang dalam dunia ni yang faham aku? Kenapa tak ada siapa yang percaya aku? Hina sangat ke aku? Jahat ke aku? Teruk sangat ke perangai aku ni?

Kenapa jalan ni yang mama papa pilih? Tolonglah aku tak suka! Tak ada siapa pernah faham apa yang aku nak. Kenapa aku yang kena mengalah? Kenapa aku tak boleh pertahankan hak aku?! Memang tak ada siapa kisah ke perasaan aku?

Why? Why? Someone tell me please.

Aku tak perlukan dia pun lah dalam hidup aku! Aku boleh jaga diri sendiri. Semak ah kau Eiz! Dasar lelaki tak guna. Hidup aku hancur sebab kau!

Aku benci semua orang!




/#/#/#/#/#/#/#/#/#



Aku terjaga dari lena. Lenguh-lenguh dan sakit badan membuatkan aku langsung tidak selesa.

Us ✔Where stories live. Discover now