Chapter 68

458 37 7
                                    






KERTAS diselak dan kesemua jawapan diperiksa buat kali yang terakhir. Tinggal baki beberapa minit sahaja lagi untuk peperiksaan SPM 2019 melabuhkan tirainya.

Muka surat terakhir itu ditutup. Butang pen dipicit, tiada apa lagi untuk ditulis. Pada belakang muka surat kertas jawapan Fizik itu, aku tulis sepotong ayat Al Quran menggunakan belakang pen.

انا فتحنا لك فتحا مبينا

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganMu (wahai Muhammad) satu kemenangan yang jelas nyata
[Surah Al-Fath, ayat 1]

Aku menghembus nafas panjang. Redha dan tawakkal. Aku serahkan semuanya padamu Ya Allah.

Bunyi mikrofon sudah kedengaran. Aku tersenyum lebar. 

Inilah masanya!

"Perhatian kepada semua calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019, masa menjawab sudah tamat. Anda dikehendaki berhenti menulis dan meletakkan pen. Sila ikat kertas jawapan anda dengan benang yang disediakan dengan kemas, dan letakkannya di sebelah kanan meja."

"Kertas jawapan akan dikutip sekarang."

Syukur Ya Allah. Semuanya dah berakhir.

Aku mendongak sambil memejam mata. Senyum di bibir langsung tak dapat disembunyikan lagi.

Lega!

Para pengawas peperiksaan di setiap barisan pantas melakukan tugas mereka mengutip satu-persatu kertas jawapan calon.

Aku berpaling melihat sekeliling. Semua orang kelihatan gembira sekali. Senyum memang tak lekang dari wajah masing-masing. Ada juga yang menangis terharu. Sebak. Tak sangka kami dah berjaya menamatkan zaman sekolah menengah.

Ya Allah happy nya!

Kepalaku dijenguk ke belakang mencari kelibat Zulfa.

Aku melambai-lambai ke arahnya lalu memberi thumbs up. Tergedik-gedik aku dan Zulfa gelak berbalas isyarat sesama sendiri. Happy sangat.

Sebaik sahaja aku kalih ke depan, aku dapati ada sepasang mata yang melihat ke arahku.

Aku senyum.

Eiz tersenyum menoleh ke arah aku. Bawah bibir digigit sambil tersenyum suka. Sebelah keningnya dijongket dan dagu dihayun ke hadapan menanyakan bagaimana keadaan aku.

Aku tersengih menayang gigiku yang tersusun. Wajah diangguk laju bersama mata yang bersinar-sinar. Ibu jari diangkat menandakan bahawa aku okay.

Yeay dah habis sekolah. Boleh gi dating.

Hehe

Eiz hanya membalas senyum sambil mengangguk perlahan. Tak lama kemudian dia kembali menghadap ke hadapan semula. Risau ada mata-mata yang memandang.







++++++++







"MERDEKA!!" Laungan kebebasan kedengaran sebaik sahaja semua pelajar keluar dari dewan besar.

Yeay dah habis SPM!

Us ✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora