Chapter 13

464 37 2
                                    




KAIN aku dipijak lagi oleh si tak guna. Nasib baiklah aku tak tersungkur jatuh! Apa yang mamat ni nak sebenarnya?

"What do you want?" Aku menarik kain sekolah aku daripada dipijak tapak kasutnya. Dia ingat apa? Kain buruk ke nak main jijak jijak?

"Kenapa tak turun training?"

"Ikut suka aku lah. Bukan hal kau pun."

"Banyak cantik muka kau."

"Ha memang aku cantik, dah kenapa?"

Eiz tergelak. Cukup sinis. Kedua-dua tangan kemas dimasuk ke dalam poket seluar. Rafiqy dan Naufal seperti biasa di sisinya.

"Kau ingat ni bapak kau punya sekolah ke apa? Kau ingat kau 'main player' bolehlah ikut suka hati nak training tak nak training? Dah cukup pro dah la?" Matanya tajam memandang aku.

"Hey kau ingat calang-calang orang ke eh boleh masuk team volleyball? Sekolah kita Kebitaraan Bola Tampar tahu? Dah jadi ahli tu jangan la belagak tunjuk hebat sangat. Ini turun training pun tidak. Digging pun tak betul, first ball still terhegeh-hegeh nak ambil. Dah cukup terror ah tu? Mudah je kan hidup kau? Senang-lenang tak buat apa-apa." Ujarnya lagi.

Penumbuk digenggam. "Aku busy." Ujarku cukup perlahan.

Eiz tergelak. "Busy?"

"Apa kau cakap? Busy? Busy apanya? Busy buat kerja apa? Cuba bagitahu sikit sibuk buat kerja apa sangat. Nak kata kau ni pengawas tak pun. Budak biasa je. Budak wanted pula tu. Oh, aku tahu. Sibuk buat kerosakan kat sekolah agaknya.. ke sibuk ulang-alik bilik kaunseling isi borang salah laku?"

"Stop it Eizzaril, 'I warned you'." Bisikku sambil mengetap gigi.

"Kenapa? Tak suka? Oh tahu pula malu. Tu lah perempuan tapi sayang,  perangai macam.."

PANG!

Tangan akhirnya naik hinggap di pipi kiri dia. Ha tu lah aku dah kata. Jangan main-main dengan aku!

Badanku mula menggeletar dan wajahku berpeluh. Suasana menjadi tegang. Orang yang lalu-lalang berhenti melihat kami.

"Mulut tu jangan sampai aku menyumpah tak boleh cakap, bisu kejap lagi!  Dah susah sangat buang je la nama aku! Aku pun tak inginlah nak join team kau!!" Aku langgar badannya sebelum berlalu pergi.

Semua tercengang. Suasana seakan terhenti seketika. Eiz, Naufal dan Rafiqy terdiam.Tangan kiri memegang pipinya yang menjadi mangsa. Dada mulai turun naik tetapi badan masih kaku.

Apa masalah jantan tu?!

Tak habis-habis ganggu hidup aku. Cukuplah sakitkan hati aku sekali. Ini aku tak kacau dia pun apa masalah dia tiba-tiba cari gaduh?!!!

Oh please tolonglah!

Dah seminggu aku tak cakap dengan dia langsung. Aku tak ganggu dia pun, tegur pun tidak, tengok muka pun tidak. Apa lagi turun training? Memang tak ah kalau asyik nampak muka dia je! Dah la dia tu trainer aku.

Bangang betul Eiz! Habis style la tu cari pasal dengan orang. Sumpah aku benci dia! FOREVER!

Kaki meneruskan langkah ke kelas. Loceng berbunyi menandakan tamat waktu rehat.



#/#/#/#/#/#/#/#/#/#/#/#/#


"Baik kelas. Saya ada tugasan untuk kamu waktu cuti ni. Minggu ni tak balik kan? " Suara Cikgu Farizz bergema di hadapan makmal.

" Tak..!"

"Okay, so saya akan bekalkan kamu semua tugasan folio untuk bab 5..."

Cikgu tak habis sambung ayat lagi pun dah ramai yang mengeluh, buat-buat pengsan, nak demam, hentak-hentak kaki, bebal. Drama la diorang ni pun.

"Alaa cikgu..."

"Mesti banyak. Tak sempatlah dua hari."

"Tiba-tiba badan rasa panas."

"Homework lain banyak lah cikgu. Kami pun nak ada masa rest juga."

"Janganlah cikgu.. Tak larat lah."

Cikgu Farizz menggeleng perlahan. "Ahhh tak ada tak ada. Saya tak nak dengar semua alasan tu."

"Saya dah bahagi ikut partner. Seorang mentor dan seorang mentee. Saya dah susun pelajar yang markah rendah akan partner dengan pelajar yang markah tinggi. Jadi bolehlah kamu semua kerjasama siapkan folio dan yang mentor tu boleh fokus kepada mentee kamu. Ajar apa yang dia tak faham. Get it?"

"Saya nak folio siap Selasa minggu depan. Homework banyak ke tak banyak, Selasa pagi saya nak tengok folio siap ada atas meja saya. No excuse! Faham?"

"Faham..." Jawapan yang sangat lemah dari pelajar. Masing-masing moody.

"Buat tu pastikan isi dia benar dan tepat. Folio ni penting tau. Saya akan ambil markah setiap orang daripada hasil kerja group masing-masing." Jelas Cikgu Farizz lagi.

"Ini list nama group kamu. Sila beri perhatian ye."

Kelas menjadi senyap. Masing-masing memberikan tumpuan kepada cikgu. Nama pasangan disebut satu persatu sehinggalah tiba nama,

"Zulaikha dengan Eizzaril."

Pardon? Aku tak salah dengar kan?

Wei dah la mood barai, naik lagi darah aku dibuatnya bila dengar nama budak tu.

Aku separuh menjerit. Tangan naik mencengkam kepala. Oh stress!!

Tak ada orang lain ke dalam dunia ni selain dia. Why him?!! Tolonglah cikgu saya penat la macam ni. Boleh kena depression tau sebab dia.

Akhirnya, aku tampil ke hadapan untuk berjumpa dengan cikgu.

Sedaya upaya aku cuba minta dekat cikgu untuk tukar partner, tapi malangnya jawapan cikgu hanyalah "Saya dah tetapkan group. Kamu tak nak bagi kerjasama, tak ada lah markah."

Aku memicit-micit dahi. Terasa kepala berdenyut-denyut bagai ada benda nak terkeluar. Sakit ya amat! Stress la laguni.

Akhirnya, kami meneruskan pembelajaran tatkala cikgu sedang menerangkan arahan untuk membuat tugasan yang diberi. Redha..



++++++++++




"Amacam kena tampar? Best tak?" Ayyad membelek-belek muka Eiz di hadapannya.

"Ish, kau pehal?" Tangan laju menepis. Kening mula bertaut sambil anak mata merenung pelik kawan-kawannya. Rafiqy dan Naufal pula hanya angkat bahu.

"Habislah kau Eiz. Dah sebar satu sekolah cerita kau kena sepak dengan si Ika tu." Luth bersuara. Tangan menepuk lembut bahu Eiz.

Eiz mendengus lalu tergelak. "So?"

"Nothing la tapi apa kau buat kat dia sampai dia tampar kau ni?" Soal Luth kembali.

"Entah dia tu. Mental."

"Kau jangan cari gaduh dengan dia weih. Red belt taekwondo kot, jangan buat main. Aku sampai naik rimas sifu kami kerja puji dia kata dia kuat."

"Wei Eiz. Kau nak tahu tak, kalau aku jadi Ika pun aku akan buat benda sama gak." Naufal mencelah.

Rafiqy di sebelah mengangguk setuju. "Kalau aku tak adanya sepak-sepak. Terajang terus je."

Eiz usya panas.

"Hehe. Joke joke." Tahu pun takut.

"Dia perempuan kot. Memang terasa ah kau kata dia macam tu." Tambah Naufal lagi.

"Yang korang ni sejak bila pandai membela dia pula ni?" Belakang badan disandar pada dinding. Kepala didongak melihat manusia-manusia di hadapannya.

"Tak bela. Cuma kau je melampau. Dia tak kacau kau pun kan?"

"Haah. Tak payah la cari pasal dengan dia. Dah la dia tu masalah, nanti kau sekali bermasalah dengan dia." Sambung Rafiqy.

Eiz buat muka selamba. Humm ye lah.

Semua salah aku. Semua orang bela dia. Sekali-sekali readers tak sayang aku. Entah apa yang special sangat la dekat Ika tu.

Dah dah shuh shuh pergi!






















Sorry for this short chap ❤

Us ✔Where stories live. Discover now