Chapter 67

427 34 3
                                    



KERUSI kosong di sebelah Zulfa aku tuju. Berhati-hati aku mencelah ke tempat aku yang terletak di tengah-tengah barisan. Pelajar lain mula mengalihkan kaki mereka memberi laluan untuk memudahkan aku masuk. 

Punggung dilabuhkan seraya menghela nafas panjang. Kejadian di dalam stor belakang pentas tadi masih terbayang-bayang dalam ingatan. Aku tersenyum kecil.

"Dah jumpa dah jubah kau?" Zulfa menoleh ke arahku.

"Tak. Ni aku pakai saiz lain punya."

Anak mataku sibuk meliar mencari si dia. Pandangan dihala ke tempat duduk Eiz dan belakang tubuhnya dicari.

"Saiz apa kau pakai ni?" Soal Zulfa.

"L." Mulut menjawab sambil mata melihat ke hadapan.

"Ohh.. Siapa yang tolong carikan? Budak-budak form 2 tu ke?"

"Haah--" aku terdiam sebentar sebelum otakku kembali mengingat insan sebenar yang memberiku jubah konvo.

"Eh tak Cikgu Aminah."

Mana Eiz ni..

"Kau pergi salin kat mana tadi?" Zulfa menyoal lagi. Haih kacau betul. Orang nak usya Eiz pun tak senang.

Punya lah ralik mencari Eiz sampaikan tak terjawab pertanyaan Zulfa tu.

"Kau ni ralik usya siapa?" Zulfa yang menyedari kelakuan aku turut menoleh ke depan.

Aku berdecit sambil hujung bibir ternaik. "Aku nak usya siapa je?" Kening dijongket ke arah Zulfa.

"Haih, tu la korang. Dulu benci sangat. Konon musuh sejati. Sekarang hm.."

Aku mengguling mata. Zulfa ni suka tau throwback benda lama. Kisah lama usah dikenang ya. Ika yang dulu bukanlah yang sekarang okey.

Aku merenung lagi di tempat yang sama dan-- yeayy Eiz dah datang!

Kelihatan Eiz baru sahaja kembali ke tempat duduknya. Setibanya dia di situ, dia pantas melabuhkan punggung. Dia membetulkan duduk dan postur badan lalu mendongak ke atas melepaskan penat. Kemudian, Eiz menoleh ke tepi lalu berbual-bual dengan orang di sebelahnya. Selepas itu dia ketawa dan dia sembang lagi. Kemudian dia sambung ketawa tapi kali ini lebih besar.

Sakannya gelak. Entah lawak apa lah yang dibualkan.

Lalu dia pun berhenti. Dia menggeleng perlahan lantas tangannya naik mengurut dahi. Dia mengubah kedudukannya ke tepi dan--- omg dia kalih belakang!

Aku pantas melarikan mata dan buat-buat sibuk.

Sesaat kemudian aku kembali menoleh dan

Dia kini merenung tepat ke arah aku.

Alamak. Hm, kan dah kantoi.

Aku mematikan senyum lalu memasamkan muka. Aku menjeling dingin. Dagu dihayun ke hadapan tanda 'kenapa'.

Cover

Eiz senyum senget lalu tertunduk gelak. Wajah diangkat kemudian dia kembali merenungku. Lama kami berbalas pandangan sehinggalah dia  memuncungkan bibir sambil sebelah mata dikenyit gaya menggoda.

Hadehh...

Kalah aku macam ni

Aku memaksa diri untuk tidak senyum tapi pipi ini mengada saja ternaik sendiri. Aku mengigit bibir dalam dan cuba mengubah riak wajah. Pura-pura cool.

Kali ini Eiz tidak buat apa-apa reaksi. Hanya mengecilkan mata sambil merenungku lama. Buat macam tu sahaja pun dah boleh buat aku blushing.

Us ✔Where stories live. Discover now