Chapter 53

401 32 1
                                    







KAKIKU mengatur langkah ke dapur bagi memenuhi kehendak perut yang dari tadi berkeroncong. Lapar..

Peti ais dibuka. Kosong. Bahan basah langsung tak ada. Serious la sejak bila peti ais rumah aku kosong ni? Ke memang Mama makan luar je sepanjang aku duduk dekat asrama?

Peti ais di bahagian freezer pula aku buka. Mataku bersinar setelah mendapati ada sebuah tupperware aiskrim. Tupperware tersebut dibuka dan syukur, dalamnya masih berisi.

Bolehla aku makan aiskrim dengan roti. Cukuplah tu untuk alas perut. Kemudian, aku menyediakan sarapan pagi aku seorang diri di dapur. Roti aiskrim dan secawan milo.

Mataku meliar segenap penjuru. Sunyi. Sepi. Kat rumah ni tinggal aku seorang je.

Mama?

Dah lama pergi kerja.

Aku mengambil telefon dan mendail nombor Mama. Harapnya angkat lah.

"Hello?"

Bibirku automatik mengukir senyum lebar apabila mendengar suara Mama di hujung talian. Jarang Mama nak angkat call aku lagi-lagi waktu kerja.

"Hello Ma.."

"Ha Ika ada apa? Mama busy ni. Mama tengah dalam sesi penyiasatan. Ika call lain kali je boleh tak?"

"Tak Ma, kejap je nak cakap. Ika laparlah. Balik kerja nanti boleh tak Mama belikan makanan?"

"Ika dah kenapa? Tak reti nak masak sendiri? Dah 17 tahun, dah besar lah. Semua benda nak harap orang. Cubalah berdikari sikit. Takkan lah sampai besar panjang Mama nak kena layan perangai budak-budak Ika?" Aku dapat mendengar nada suara Mama meninggi.

"Tapi Ma.."

"Dah la. Mama banyak kerja ni."

"Ok then. Ika pergi beli kat kedai."

"Jangan keluar rumah! Mama dan Papa dah bagi warning kan hari tu?" Mama berkeras.

"Dah tu Ika nak buat macam mana? Makanan tak ada. Nak masak pun tak ada bahan ba--"

"Siapa suruh tidur balik lepas Subuh? Pandai-pandailah. Ika tu bukannya anak raja.. semua benda nak kena buatkan untuk Ika. Dah la. Mama malaslah nak melayan Ika ni. Menyusahkan betul. Orang banyak kerja tahu tak." Panggilan dimatikan.

Sekali lagi air mata aku mula banjir. Telefon diletakkan di atas meja.

Memang tak ada siapa dah ke yang sayangkan aku? Aku ni bawa sial ke dalam rumah ni? Aku menyusahkan Mama dan Papa sangat ke?

Aku meraup mukaku. Air mata mula menitis perlahan. Tangan menutup seluruh muka.

Ya Allah.. I hurt. Very much..

Setelah kes tentang aku tersebar satu sekolah akhirnya Mama dan Papa dipanggil untuk berjumpa pengetua untuk menyatakan tentang hukuman yang diberikan. Aku juga dibawa pulang kerana tidak dibenarkan langsung untuk menjejakkan kaki ke sekolah atau asrama.

Dan disebabkan itu..

Aku dimarahi teruk oleh Mama dan Papa on that day. Aku membela diri aku. Aku cuba. Ya aku cuba. Tapi apa yang aku dapat?
Mama dan Papa langsung tak percayakan aku. Sama je macam orang lain.

Malah aku dikurung. Papa dah bagi amaran keras supaya aku tidak keluar rumah. Jadi aku langsung tak boleh ke mana-mana. Langsung! Aku langsung tak boleh keluar rumah. Terperuk je dalam neraka ni.

Ya mungkin orang lain cakap Rumahku Syurgaku dan pepatah arab juga kata Baiti Jannati.

Tapi tidak bagi aku. Aku rasa aku lagi tersiksa duduk di rumah. Tak ada kawan, phone aku pula Mama pegang. Mama Papa pula sekarang langsung tak nak layan aku.

Us ✔Where stories live. Discover now