Chapter 24

473 34 7
                                    






DUA minggu sudah pun berlalu. Segala persiapan pernikahan sudah seratus peratus beres. Siapa lagi yang urus kalau bukan si kedua-dua ibu pengantin, Puan Aisyah dan juga Puan Yani. Excited kemain! Macam diorang pula nak kahwin lagi.

Tak adalah buat mewah-mewah pun. Sekadar majlis yang simple, ada hantaran, cukup syariat, ha sudah. Tetamu yang diundang pun sekadar saudara-mara terdekat sahaja.

Ika di bilik masih termenung seorang diri di depan cermin. Menatap seraut wajah dirinya yang kini bersarung jubah kembang bersulam sutera putih. Manik-manik yang berkilau di atasnya menambah lagi kecantikan aura seri pengantin. Tapi sekarang ni tengok macam tak dak seri je?

Ika mengelamun. Langsung tak hiraukan keadaan sekeliling. Di dalam biliknya sekarang, hanya dia dan tukang make up.

"Dik.. Kenapa monyok ni? Tak happy ke nak nikah kejap lagi ni. Masam je akak tengok adik ni.." Tegur akak yang tengah make up kan aku.

Aku hanya mengukir senyum kecil sekadar untuk menyedapkan hati akak tu. Tapi still malas nak jawab. Tak ada mood.

Pintu bilik dibuka.

"Ya Allah anak mama! Cantiknyaa!!" Mama dah menjerit macam orang gila kat depan pintu. Ustazah di sebelah mama turut tersenyum bahagia.

Ustazah dengan mama sejak-sejak aku dengan 'dia' tu nak menikah, dah macam bestfriend aku tengok. Apa orang kata.. Macam apa, mengkuas? Eh tak, ke lengkuas? Belangkas? Ha belangkas. Ye kot.

Tah aku bab peribahasa ni jangan tanya.

Mama pegang bahu aku. "Tak lama lagi anak mama ni akan jadi seorang isteri.. Congrats sayang." Pipiku dicium.

"Cantik menantu umi ni." Ujar ustazah sambil mencuit pipi gebu milikku.

Aku senyum. Hanya tu je yang aku boleh balas. Tak mampu nak berkata apa-apa.

"Cantik sungguh anak Puan Yani. Saya make up sikit pun dah lawa." Ujar akak make up tu pula.

"Dia lawa natural.. Macam maknye ya tak?" Mama ketawa disambut dengan ustazah dan akak tu.

Aku? Heh.

Kaku. Blur.

"Assalamualaikum. Umi.. Pengantin lelaki dah sampai. Tok kadi pun dah ada. Semua orang dah tunggu kat bawah." Izzah memanggil.

Oh God. Saatnya hampir tiba.

Mataku berair tanpa sedar. Ya Allah aku tak nak.. Kalaulah aku boleh hentikan masa.

Setitis air mata jatuh membasahi pipi. Ish Ika janganlah nangis.. Rosak make up nanti! Cepat-cepat aku lapnya dengan tisu.

"Oh ye? Ha kejap, satgi pengantin turun. Dah siap dah ni." Jawab Ustazah Aisyah.

"Let's go sayang." Mama mencapai tangan aku. Memimpin aku turun ke bawah.

Ya allah ramainya orang!

Even jemput adik-beradik terdekat je pun dah banyak. Family aku tak ada la ramai sangat. Ni ha family belah laki tu. Dah macam bawa satu kampung! Sedangkan yang datang ni duduk dekat-dekat sini je.

Sebaik sahaja kaki aku duduk bersimpuh di atas kusyen yang disediakan, aku bertentang dengan sepasang mata.

Mata tersebut tajam melihat aku.

Aku senyum plastik. Huh...

Ryan.

Ryan usya panas. Dia tengok aku tak lepas. Mukanya nampak sedikit marah berbaur kecewa. Hum sorrylah Ryan, aku rahsiakan benda ni dekat kau.

Us ✔Where stories live. Discover now