Chapter 36

445 37 7
                                    




FLUSH ditarik.

Ahhhh.. lega sikit la perut ni selepas membuang.

Tengah elok prep malam, duk buat homework kat kelas perut aku tiba-tiba je buat hal. Sakit gila memang tak tahan sangat dah, tu yang aku pecut terus pergi tandas.

Aku pergi seorang je.

Takut?

Halah. Nak takut apa. Orang Forever Alone macam aku ni dah biasa la benda-benda ni..

Zulfa ada je cakap nak temankan tapi aku memang tak tahan dah waktu tu, belah aje. Kalau tak dah terburai kat situ ha.

Hehe

Selepas mencuci tangan di sinki, aku lantas keluar dari tandas.

Sebaik sahaja kaki aku melangkah keluar, lampu tandas tiba-tiba terpadam.

"Oh mak kau meletup!" Terkejut. Kan dah melatah.

Siapa duk main padam-padam lampu ni? Aku angkat muka. Cuba memeriksa kawasan sekeliling. Gelap. Tiada siapa di sini melainkan aku seorang.

Lampu menyala semula

Tak sampai lima saat, lampu terpadam balik.

Aku menelan air liur. Bulu roma dah meremang. Badan aku sedikit menggeletar.

"Haishh aku kena belah cepat ni." Aku meninggalkan tempat itu.

Aku terasa seperti ada seseorang sedang mengekori aku. Aku menoleh.

Kosong.

"Apa benda lagi Ika. Balik kelas cepat." Hatiku berbisik.

Sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, aku terkejut. Citra yang entah dari mana tegak berdiri di depan aku.

"Astaghfirullahalazim Citra. Ish kau ni! Buat aku terkejut je." Spontan tangan aku menampar bahunya.

Citra sengih.

"Kau dari mana ni?" Soalku.

"Teman aku gi tandas jap weh. Aku tak tahan dah ni.." Dia menarik tangan aku.

"Eh tapi tapi.."

"Alah teman kejap je. Sejak bila kau jadi penakut ni?" Aku menuruti langkah Citra ke tandas semula.

Tak sekarang ni aku pelik, sejak bila kitorang berbaik ni? Haha. Kami dah lama tak bercakap kot.

Maybe dia dah malas kisah pasal tu. Dia rindu aku letuww. Hahaks!

Kini kami berdua tiba semula di tandas. "Kau tunggu sini eh. Jangan tinggal aku pula." Arah Citra.

Aku hanya mengangguk faham.

Sementara menunggu Citra di luar, ada sesuatu yang menarik perhatian aku.

Seekor kucing hitam sedang mencakar-cakar rumput di bawah tangki. Tandas perempuan dekat aras bawah, sebelah tu pula kawasan tangki air sekolah.

Entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Kucing tersebut seperti memanggil aku, meminta bantuan.

Bila diperhatikan balik...

"Ya Allah ular!" Aku berlari ke arah kucing tersebut. Janganlah ular tu makan kucing tuuu huhu.

Berani tak berani belakang kira. Aku kena selamatkan juga kucing tu! Aku tak sanggup tengok dia kena makan.

Kini aku betul-betul di bawah tangki air yang tinggi. Berdiri di kawasan kucing tadi. Malangnya, kucing tadi dah tak ada.

Hilang.

Us ✔Where stories live. Discover now