Chapter 33

480 35 8
                                    



BUMI menangis lagi. Titis hujan yang mencurah-curah dari langit, terselit rahmat dan rezeki yang ingin diberikan oleh Sang Pencipta.

Awan mendung yang tidak henti-henti menurunkan hujan. Semakin hati ini resah gelisah, semakin ia lebat menerjah bumi.

Lutut dirapatkan ke dada. Aku melepaskan keluhan kecil. Muka didongakkan melihat langit. Tempias hujan sedikit-sedikit mengena tubuhku. Pondok kecil yang aku duduki sekarang menjadi tempat berteduh.

Pondok dalam kawasan asrama.

"Memang aku dihidupkan untuk rasa sakit hati je ke?"

"Kalau macam ni baik aku mati. Aku masih punya perasaan. Tapi kenapa perlu dihancurkan Ya Allah? Lepas satu satu Kau uji aku... Apa lagi selepas ni?"

Aku merenung langit gelap. 

"Sungguh besarkah dosaku padaMu ya Allah? Sehingga aku perlu dihukum begini? Aku juga mahu nikmat kasih sayang seperti orang lain.."

"Mungkin aku tak layak dapat kasih sayang dari semua orang? Well.. Hati manusia berbolak-balik. Sebab tu semua orang yang aku sayang tinggalkan aku. Eiz tipu kau Ika. Dia tak pernah sukakan kau pun. Yang perasan lebih tu kenapa?!"

Kata-kata Ryan dua hari lepas terngiang-ngiang di benak fikiran.

"Dia tu sweet talker kan? Kau tahu tu."

Aku memejam mata.

"Aku tak nak lah dia permainkan kau macam mana dia mainkan Citra."

Pedih.

"Aku rasa pernikahan ni sangatlah sia-sia."

Aku tak tahan lagi.

"Aku tak percayakan dia."

"Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!" Aku menjerit. Melepaskan segala yang terbuku di dalam hati.

Dada turun naik. Penat. Penat dengan semua ni. Tangan digenggam erat.

You must do something Zulaikha!


#/#/#/#/#/#/#/#

Dzar dan Ema yang duduk berdua dipandang lima sekawan dari jauh. Eiz, Luth, Ayyad, Naufal dan Rafiqy.

"Sejak bila Dzar rapat dengan Ema ni? Mesra lain macam je aku tengok diorang ni." Rafiqy menjongket kening.

"Biarlah kat diorang. Sweet apa." Ayyad menepuk bahu Rafiqy. Turut serta mengusya Dzar dan Ema di meja kantin yang tak berapa jauh dari meja mereka.

"Kau tahu kan Dzar tu alim-alim ulamak sikit. Family dia pun datang dari latar belakang orang yang beragama. Nak ke dia kat si Ema tu?" Naufal menyampuk.

"Eh kau jangan cakap. Benda tu tak mustahil. Takdir, jodoh, rezeki semua Allah atur. Mana lah nak tahu kan.." Balas Ayyad.

"Tu ah. Allah yang atur rezeki masing-masing bukan kau. Sibuk je." Rafiqy menjeling Naufal sekilas.

"Kau pehal? Tak habis-habis cari pasal en?" Kolar baju Rafiqy ditarik.

"Woi woi lek ah."

Yang lain hanya menggeleng kepala. Dah biasa. Naufal dengan Rafiqy ni mana pernah tak bergaduh. 

"Korang ni ada-ada je. Bukan diorang buat apa pun. Ema tu just tolong Dzar siapkan fail badar je." Ujar Luth lalu menyedut air teh aisnya menggunakan straw.

"Laa.. kerja badar? Ingatkan apalah tadi."

"Kenapa Ema tolong? Dia bukan badar pun." Rafiqy buat muka pelik.

Us ✔Where stories live. Discover now