Chapter 50

459 28 7
                                    







CITRA dan Farhanna berjalan beriringan kembali ke kelas. Dari tandas haa. Biasalah perempuan, pergi mana pun kena berteman. Lagipun kaki Citra masih belum pulih sepenuhnya. Jalan pun terkedek-kedek lagi.

Sesampainya mereka di kelas,  mereka menjenguk sekilas di pintu belakang.

Oh, cikgu belum masuk.

"Lepak sini jap. Tak payah la masuk lagi." Tangan Farhanna ditarik Citra. Dia menyandarkan diri pada balkoni.

"Pehal?"

"Saja ah. Malas nak masuk kelas." Kata Citra sambil memandang keadaan di bawah. Mata meliar melihat sekeliling. Hm ada lah kucing tengah dok korek tanah. Nak berak lah tu. Eii.

Then, ada makcik cleaner tengah sapu kaki lima sambil berjoget, Cikgu Aminah tengah berjalan dengan high heels nya and ohh ada budak form 2 tengah berjalan sambil korek hidung! HAHA EUWW!

Dia ingat tak ada orang, but I can see you from here babe. Aku tergelak kecil dan menunjukkannya kepada Far. Far juga turut buat gaya geli geleman.

"Ermm kak.."

Citra dan Far serentak menoleh ke arah suara tersebut.

"Eh Izzah.." Farhanna tersenyum manis. Wajah gadis berkaca mata itu dipandang.

"Cari abang Eiz ke? Kejap akak panggilkan."   Kata Citra seraya melangkah ke kelas.

"Eh eh tak tak. Bukan nak jumpa dia pun." Laju Izzah menahan. Lengan Citra ditariknya.

"Tolong panggilkan kak Ika boleh?"

Soalan Izzah mengejutkan Citra dan Farhanna. Kedua-dua gadis itu memandang sesama sendiri. Hairan.

Erkk..

"Kau pergilah panggil dia." Far menyiku bahu Citra. "Kawan kau kan."

"Tch, no more.." Citra menjeling.

Izzah yang memerhati tindakan mereka hanya kerut kening. Boleh panggil ke tidak ni?

Eiz tiba-tiba muncul di hadapan pintu kelas. Mungkin ada yang memberitahu tentang kedatangan Izzah.

"Ada apa Izzah?"

"Ish, bukan nak jumpa along pun. Panggil kak Ika jap."

Sebelah kening dijongket. Anak mata Eiz kemudian jatuh pada Citra dan Farhanna yang berdiri berdekatan adiknya. Bibir menarik senyum sinis.

"Kenapa tak suruh diorang ni je panggil?" Eiz memerli. Mata menghala ke arah mereka berdua. 

"Urmmm.." Izzah menggaru kepala yang berlapik tudung. Matanya memandang Citra, Farhanna dan Eiz silih berganti.

Haih tak ada siapa nak tolong panggilkan ke? Kalau aku tahu aku pergi panggil sendiri pun tak apa.

Eiz berdecit sambil tayang muka annoying. "Wei Ika, ni ada orang nak jumpa!" Laung Eiz apabila dia masuk ke dalam kelas semula.

Ika tanpa banyak soal, bangun dari tempatnya dan menuju ke luar kelas.

"Eh Izzah? Buat apa cari akak?"

Mata Ika automatik menjeling apabila melihat Citra dan Farhanna yang turut berada di situ. Heh, menyibuk je!

"Sini jap.." Lengan Ika ditarik Izzah ke tempat yang lebih jauh. Tidak mahu ada yang curi-curi dengar.

Apabila dah cukup jauh dari pandangan orang ramai, Izzah menyelup poket dan mengeluarkan sesuatu

"Ni Umi bagi, duit raya. Hari tu umi lupa bagi kan?"

Us ✔Where stories live. Discover now