Chapter 37

442 35 1
                                    


SELEPAS kejadian yang menimpa Ika pada malam itu, Ika diberi cuti sakit  kerana mengalami sedikit kecederaan di kepala. Dia mencederakan dirinya sendiri sewaktu hendak melepaskan diri dari orang ramai.

Betapa susahnya nak keluarkan jin tu daripada badannya, hanya Allah saja yang tahu. Lama juga Ustaz Nasir dan seorang lagi ustaz yang pakar dalam perkara ini memaksa jin tersebut untuk keluar dari badan Ika.

Pelbagai ayat suci dan ayat penghalau jin telah dibaca, akhirnya jin tersebut keluar tepat pada pukul 1.30 pagi.

Dengar macam tak logik kan? Tapi itulah yang jadi. 🤷

"Ermmm.." Mata yang berat cuba diangkat. Penat. Cahaya dari tingkap bilik yang menyilaukan mata membuatkan Ika terpejam kembali.

Mata digosok lembut. Kelopak mata dibuka perlahan. Wajah mama menerjah pandangan.

"Maa.." Ujarnya senafas.

"Ya Allah sayang, anak mama dah sedar. Alhamdulillah.." Puan Yani mengucup dahi anaknya. Ubun-ubun Ika dibelai sayang.

Ika memerhati sekeliling. Dahi berkerut. Rasa sakit masih menyelubungi diri. Badan terasa lenguh dan berat, tapi masih gagahkan diri untuk bangun.

Puan Yani membantu Ika bersandar pada katil.

"Rasa sakit lagi?"

Ika mengangguk lemah.

"Hampir dua hari Ika tak sedarkan diri. Risau mama Ika tak jaga-jaga."

Ika senyum pahit. "Don't worry la maa, I'm a strong girl." Lengan Puan Yani diusap lemah.

"Kenapa mama tak bawa Ika pergi hospital je?"

"Dah bawa dah haritu tapi Ika masih tak sedar. Itu pun doktor just check dekat kepala je. Kepala Ika bengkak sebab jatuh. Then esok tu mama discharge sebab mama rasa lagi senang kalau mama yang jaga Ika sendiri kat rumah."

Senyuman Ika mati apabila teringatkan sesuatu. Sayu matanya memandang wajah mamanya.

"Ma... Eiz mana?"

"Eiz ada dekat sekolah la."

Ika terdiam. Haish, macam mana boleh lupa yang sekarang masih hari sekolah.

"Kenapa? Ika rindu Eiz eh.." Mula lah tu nak mengusik.

Ika langsung mengabaikan usikan mamanya. "Dia ada datang melawat Ika tak?"

Puan Yani menggeleng. "Macam mana dia nak datang melawat, dia duduk asrama kan?"

Ika menggigit bibir. Matanya memandang jauh ke luar tingkap. Termenung.

"Dah.. Jangan fikir banyak-banyak. Badan Ika tu lemah lagi tu. Kena banyakkan rehat. Pergi sambung tidur. Mama pergi dapur dulu nak masak, kejap lagi mama bawa naik."

"Eh tak payah la ma. Biar Ika turun je." Ika menahan.

"Aip, Ika tu tak larat. Jangan nak degil, mama ada anak sorang je. Ika sakit lagi nanti siapa susah?"

Ika tersenyum. "Thanks ma."



#/#/#/#/#/#/#/#/#/#/#/#/#

"Betul ke ni?! Alhamdulillah.." Kalimah syukur menitip di bibir. Gagang telefon awam dirapatkan ke telinga.

"Along nak melawat dia boleh tak umi? Please..." Merayu.

Mendengar khabar berita yang Ika sudah sedarkan diri daripada Puan Aisyah, cukup buatkan hatinya lega. Boleh lah dia belajar dengan tenang lepas ni. Sepanjang dua hari ni, fokusnya dalam kelas hilang akibat teringatkan Ika.

Us ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن