Chapter 18

440 38 0
                                    






"SAYA benarkan anak encik dan puan balik rumah untuk sehari. Mungkin dia tertekan dengan apa yang berlaku. Beri dia masa untuk berehat dan tenangkan diri."

"Baik cikgu. Kami akan cuba cakap dengan dia sebaik mungkin. Minta maaf sekali lagi pasal ni cikgu."

"Tak mengapa."

"Kalau macam tu, kami minta diri dulu cikgu. Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum."

"Ya waalaikumsalam." Encik Mahir selaku pengetua sekolah hanya mampu tersenyum. Beliau mengiringi Encik Zain dan Puan Yani hingga ke luar pejabatnya.

Ika yang sejak tadi menunggu di luar, tersedar dari lamunannya setelah menyedari pintu bilik pengetua dibuka. Dia bingkas bangun mendapatkan kedua orang tuanya. 

Ika tunduk. Tak sanggup tengok muka bengis papa. Mama pun sama lah. "Ma.. Pa.." Bergetar suaranya.

Encik Zain dan Puan Yani tidak memberi sebarang respon. Mereka berjalan melepasi Ika dan menuju ke tempat parkir. Ika di belakang diam mengekor.

Pintu kereta dibuka. Ketiga-tiga menerobos masuk ke dalam kereta tanpa berbunyi apa-apa. Senyap. Kemudian, kereta Volkswagen Tiguan yang dipandu mula menyusur meninggalkan pekarangan sekolah.

Ika di tempat duduk belakang resah, tak senang duduk. Jari-jemari bermain sesama sendiri. Apa yang nak jadi, jadilah.. Aku tak kisah. Memang salah aku pun.

"Papa tak sangka Ika boleh buat benda-benda macam ni." Encik Zain bersuara.

"Papa tak pernah ajar Ika macam ni. Ika ada masalah apa sebenarnya? Cuba bagitahu papa." Tangan kemas memegang stereng kereta. Cermin dipandang. Melihat Ika di belakang melalui cermin.

Ika diam tak berkutik.

"Ika. Papa tanya tu kan? Tak ada mulut ke nak jawab?" Puan Yani memanggil. Nada suara dah bertukar garang.

"Papa kecewa lah dengan Ika. Mama papa hantar Ika sekolah suruh belajar. Bukannya jadi gangster, pembuli, buat orang sana sini." Kerutan di dahi Encik Zain bertambah.

"Pleaselah Ika. Mama tak larat lah nak datang sekolah tengok rekod kesalahan Ika. Banyak sangat. Malu tau mama. Sejak form 2 lagi jadi macam ni. Tak tahu dah nak buat apa bagi ubah perangai tu." Puan Yani memicit-micit kepala. Pening.

"Ika nak Spm tau tahun ni. Jagalah perangai tu. Study, buat latih tubi banyak-banyak. Tak ada masa dah nak main-main."

"Orang hantar taekwondo untuk pertahan diri. Bukannya untuk disalah guna. Ika ni.. haishh ya Allah. Suka buat papa stress! Papa banyak kerja lagi tau dekat office tu nak kena urus tu urus ni. Ni keluar waktu kerja buat apa je? Hadap pengetua sebab Ika punya rekod kesalahan banyak sangat."

"Kenapa asyik nak salahkan Ika? Bukan salah Ika pun!" Ika membentak sekali nafas. Geram. 

"Tak salah apanya?! Ika tahu tak ibu bapa dia saman Ika? Anak dia berdarah kepala kena tiga jahitan Ika tahu tak? Ika buat apa kat dia sampai jadi macam tu? Tera tu Ika buat dia, Ika kata bukan salah Ika lagi?" Puan Yani meninggi suara.

"Itu pun nasib baiklah pengetua berjaya pujuk waris Farhanna tu supaya tarik balik saman. Tak ada lah habis duit papa. Ika yang kena saman bukannya Ika yang bayar. Duit papa juga kena bawa keluar."

Air mata yang bertakung dari tadi mula menitis. Geram dan kecewa bercampur baur. Gigi diketap. Rapat.

'Oh... So memang macam ni lah cara layan anak? Aku seorang je anak papa dalam dunia ni takkan itu pun berkira kot? Nak habis banyak mana sangat duit tu? Nak kata kerja gaji bukan main tinggi. Setakat duit tu aku tak kisah la! Aku tak pernah dapat kasih sayang macam orang lain dapat!' 

Us ✔Where stories live. Discover now