Chapter 57

434 33 11
                                    






JAM LOCENG di atas rak sisi katil digapai. Aku gagahkan jua diri untuk mencelik. Kelopak mata yang berat dibuka.

Pukul 12.30 tengah hari.

Jam loceng itu kembali diletakkan ke tempat asal. Aku mengangkat lengan kananku ke wajah, menutupi mata.

Aku mengeluh kecil.

Penatnya..

Lepas bangun subuh tadi aku terus mandi dan breakfast. Then aku tengok tv sampailah pukul 9. Kemudian aku mengantuk lagi. Lastly aku pun naiklah ke bilik untuk sambung tidur.

Dah 3 jam aku tidur hm..

Tidur pun penat tau!

Lenguh satu badan ha asyik terperap je dalam rumah. Kalau duduk asrama memang jalan sana sini dah. Keluarla juga peluh.

Sumpah aku bosan gila duduk rumah bela lemak. Tak larat tidur dah ni.

Baik mati je daripada mereput tak buat apa.

Study?

Come on la. Memang tak ah aku nak study even trial lagi tiga hari. Mood exam tu tak ada dekat aku. Hilang.

Aku bingkas bangun dari katil dan menuju ke beranda luar. Nak ambil angin. Bosan.

Pintu sliding ditolak

Mataku mengecil sebaik sahaja pancaran matahari mengena wajah. Cuaca panas di luar.

Aku berdiri sambil memegang besi penghadang. Mata meliar melihat dunia.

Terasa diri ini bagai dipenjara.

Aku mengelamun sendiri. Fikiran melayang-layang entah kemana.

Sometimes I really sensitive, and sometimes I really don't care ..

Honestly..

Sampai sekarang aku tak faham dengan hidup aku. Apa yang aku kejar sebenarnya?

Apa lagi yang tak cukup?

Kekayaan? Kepandaian? Perhatian? Kasih sayang?

Huh..

Aku tertunduk.

Bahagia ke aku ni? Aku masih ada mak ayah, aku ada keluarga, aku ada kawan-kawan dan paling penting aku dah ada suami!

Tapi kenapa sampai sekarang aku masih tak rasa bahagia tu?

Ya aku mengaku, jodoh aku dengan Eiz adalah perkara paling bernilai dalam hidup aku. Aku sayang dia. Seriously.

Sayang sangat-sangat.

Can you imagine?

Bila tak pernah ada pun orang yang berani kacau kau, semua orang pulau kau, benci dengan perangai kau..

Tapi dia tak.

Dia yang hadir pada mulanya. Memetik bunga di taman cinta. Kemudian dia membenih dan menyemai rasa, memberi warna gembira pada hasilnya.

Sebaik mana pun ia dijaga, mengapa harus layu akhirnya? 

Kenapa?

Boleh tolong jawab tak kenapa?

"Haishh.."

Aku mendengus geram. Kepala digeleng perlahan bersama kerutan di dahi.

Tak tak sekarang ni dah pehal aku berpuisi bagai ni. 

Come on la Ika, move on!

"Tch.." Aku menggeleng kepala. Sedar lah Ika sedar.

Penat eh aku kalau macam ni hari-hari. Boleh gila. Tak sangka bercinta ni menyakitkan.

Us ✔Where stories live. Discover now