Chapter 11

459 37 0
                                    






NOT HIM AGAIN

Penuh sopan-santun dia melintasi Encik Zain dan menyalami tangannya. Senyuman manis bak gula diberikan. Aku yang duduk bersimpuh di tepi mama, hanya menunduk. Tak mahu menunjuk muka.

"Amboiii... Tingginya dia." Encik Zain menepuk bahunya lembut. Dia hanya tersenyum simpul. Sebaik saja bersalam dengan tuan rumah dia melabuhkan punggung di atas sofa, sebelah ayahnya, Ustaz Yusuf.

"Ha inilah anak ustaz. Eizzaril Ikhwan." Ujar Ustaz Yusuf penuh riang. Eiz di sebelahnya ditepuk manja.

Tak apa lah ustaz. Dah tahu pun nama dia.

"Ha Ika, kenal tak anak ustaz?" Papa menyoal. Aku angkat muka. Senyum akward. Payah la tak kenal pa... Mamat kerek attention seeker.

Ah lantak ah aku nak panggil dia apa.

Mata Eiz terbeliak sesudahnya melihat aku. Jelas riak wajahnya sedikit terkejut. "Pft !" Dia tergelak.

Aku kat sini mampu menjeling je.

"Kenal lah tu." Ustazah senyum mengusik. Semua di situ turut tergelak. Tinggallah aku seorang yang dijadikan bahan. Anak mata dijuling ke atas. Kenapalah setiap masa aku jumpa dia ni? Tak ada orang lain ke? Please author, mohon tambah watak baru.

Hehe

Ok sekarang aku baru teringat nama penuh dia. Eizzaril Ikhwan bin Yusuf Arqam. Boleh tahan sedap en nama? Tapi sekejap.

Dia 'anak ustaz dan ustazah' kot.

Ooooo... Dah la dekat sekolah buat perangai tak senonoh. Gedik! Suka mengata orang! couple! Agak-agak kalau aku bagitahu yang Eiz couple, mak ayah dia marah tak? Mesti malu kan. Then balik rumah kena tazkirah empat hari empat malam. Paling teruk pun rotan kot? Oh yes!

Wanna try?

Aku pandang Eiz dengan senyuman mengusik. Berbalas isyarat mata dengannya. Aku jongket kedua-dua kening. Eiz di atas sofa pandang pelik.

Aku membuat isyarat mulut pula. Bibir berbisik perkataan 'Citra'. Pada mulanya Eiz tak dapat tangkap. Dia mengerut dahi membentuk seribu garisan. Cuba mencerna apa yang aku katakan.

Mata Eiz kemudiannya terjegil.

"Ust.."

"Erm pakcik boleh tak saya nak ajak Ika bersembang kat luar kejap?" Ujar Eiz dengan satu nafas, memotong aku. Dia bangun dari sofa, meluru ke arah aku.

Semua orang tergamam. Terutamanya ibu bapa dia.

"Errr.. boleh boleh." Jawab papa ragu-ragu. Tiba-tiba je dia ni. Belakang leher diusap.

Papa ni pun satu! Dah ragu-ragu tu tanya la dulu. Ni senang-senang je bagi kebenaran. Buat-buat dia ni ada niat jahat macam mana?

"Nak buat apa?" Soalku dingin.

"Cakap pasal homework la. Jom."

"Tapi.."

"Ika, pergi je lah nak malu apa. Pergi sembang dengan Eiz kat luar tu. Ustaz dengan ustazah tak kisah kan?" Mama bersuara.

Mataku tertumpu pada Ustaz Yusuf dan Ustazah Aisyah. Mereka mengangguk sambil tersenyum. Tapi jelas riak wajah masing-masing terkejut dengan tindakan mengejut Eiz.

"IKA JOM." Eiz menjegil ke arahku.

"Kalau mak ayah aku bukan ustaz ustazah dah lama aku tarik kau keluar. Kat rumah sendiri pun sempat lagi cari pasal! Tak guna betul." Eiz mengutuk dalam hati.

Us ✔Where stories live. Discover now