Chapter 62

422 35 3
                                    



5 ALPHA kini sunyi tanpa sebarang suara. Senyap, sunyi, sepi.

Hanya bunyi selakan kertas, tekan-tekan kalkulator, bunyi picit-picit pensel dan bunyi orang patah-patahkan jari. Lenguh.

Mana mungkin masing-masing tak busy. Esok periksa Matematik Tambahan you.. Subjek yang paling digeruni dan dibenci oleh sebahagian pelajar.

Killer subject!

Aku mengangkat kepala yang sudah satu jam lebih menunduk. Kepala digerak-gerak membetulkan urat leher. Mengeliat.

Keadaan sekeliling dipandang. 

"Fokusnya semua orang.. Struggle macam nak pergi perang uh." 

Aku tersenyum sendiri. Nak tergelak pun ada.

Kelas aku ni kalau bising, bising betul mengalahkan pasar malam. Tapi bila sekali serious, dah macam dekat tanah perkuburan pula rasanya.

Mataku kembali menatap soalan yang tertera pada buku latihan di atas meja. Kepala yang tidak gatal digaru.

Haih, susahnya soalan.

Aku tak faham betul trend  sekarang suka bagi soalan KBAT yang tah apa-apa tu! Benci aku.

Aku ni dah la otak tak kreatif. Jenuh nak memikir out of the box ni. Tambah-tambah Math pula kan?

Ya seperti yang korang tahu, aku adalah seorang manusia yang tak sukakan Matematik. Benda yang libatkan kira-kira ni memang aku lembap gila. Terus jadi auto bodoh.

Tambah-tambah pula Addmath. Korang rasa? Memang jam lah otak aku.

Esok kalau keluar soalan merapu memang aku hempuk meja waktu tu juga. Aku ni dah la jenis kuat bebal bila tak boleh jawab.

Setakat ini pun, pencapaian addmath aku yang paling terbaik, aku pernah dapat C waktu periksa pertengahan tahun.

Itu pun aku bersyukur gila. Tak tahu nak kata macam mana. Ya lah even C je pun aku redha ja lah. Tapi kalau boleh aku nak lah slip result aku nanti bersih. Nak semua A je. Hehe.

Aku menongkat dagu. Soalan pada buku dibaca dan dikaji berulang kali. Pensel mekanikal dipicit. Laju sahaja tangan membuat pengiraan pada exam pad.

Usai mengira, jawapan diperiksa.

"Salah?" Aku mengerut dahi.

"Urgh come on Math, please solve your own problem la! Aku pun banyak masalah tahu tak."

Aku menoleh ke arah Zulfa di sebelah. Ingin bertanya. Tapi nampaknya dia khusyuk gila study. Tak sampai hati pula nak ganggu.

Anak mataku meliar mencari orang lain untuk ditanya. Namun semua orang nampak sangat sibuk dan tengah fokus dengan ulangkaji masing-masing.

Aku mengeluh kecil.

Zulfa tersentak lalu memandang ke arahku. Keluhan aku berjaya menyedarkannya.

"Kenapa? Kau nak tanya apa-apa ke?"

Heeeee~ Macam tahu-tahu je.

"Yang ni, soalan nombor 15. Jawapan aku salah. Macam mana jalan kira dia?"

"Oh soalan ni aku pun tak dapat jawapan. Sorry." 

"Lah.."

"Kau try la tanya orang lain.."

"Takutlah. Tengok semua orang macam busy je. Aku tak berani nak kacau." Pensel diketuk-ketuk di kepala.

"Kau pergilah tanya Eiz. Tu ramai je yang minta tolong dia."

Us ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora