Chapter 7

511 41 0
                                    






Deruan air jernih yang deras mengalir ku pandang sepi. Mengelamun seorang diri. Sekarang waktu rehat jadi kami dibenarkan buat aktiviti bebas. Dan aku pula memilih untuk menyendiri kat sini. Duduk di kerusi batu tepi sungai.

Aku menongkat dagu. Satu keluhan kecil dilepaskan. Kejadian pagi tadi masih terbayang-bayang dalam kepala otak.

Waduh duh duh. Malunya aku...

Sumpah lepas ni aku tak berani dah nak mandi air terjun and sungai.

"Mama dan papa buat apa agak-agaknya?" Terlintas di fikiranku akan wajah mama dan papa. Handphone di dalam poket dikeluarkan. Jari pantas mendail nombor mama.

Skrin ditatap tengok ada line ke tidak. Ha sini dah okey!

Phone dirapatkan ke telinga.

' This is the mailbox for the number 019-******* '

Aku call mama sekali lagi. Again again and again.
Tapi satu pun tak berjawab.

Ok then. Nombor papa pula didail. Just the same. Tak angkat juga.

"Dah la. Penat ah macam ni. Orang call bukannya reti nak angkat. Buat habis kredit je." Mulut membebel sendiri.

"Oit!" Bahu aku dicuit.

"Termenung panjang nampak? Berangan kahwin latew." Citra duduk disebelah aku. Aku berganjak sedikit memberi ruang untuknya duduk.

"Ceh. Tak ada masa. Ingat aku macam kau ke? Fikir pasal kahwin 24 jam."

"Eh masa depan kena fikir juga eh."

"Belajar la dulu. Spm pun tak ambil lagi. Ada hati nak jadi bini orang. Gedik." Ha kan dah melepas.

Citra muncung sedepa.

"Kaki kau dah okey?"

"Hummm.. bolehla. Dah okay sikit. Tapi tu lah lekat parut. Habis rosak kaki aku yang putih bersih ni." Perasan sekali sekala tak apa kot noh.

Citra juling mata.

"Woi."

Aku dan Citra serentak menoleh. Melihat tuan empunya suara yang memanggil. Biadab betul. Mataku automatik menjeling bila tengok dia.

Siapa lagi kalau bukan Nur Ilya Farhanna?

"Kau buat apa dekat handphone aku?"

"Aku buat apa?" Kening terangkat sebelah.

"Buat tak tahu pula. Weih kau yang jaga phone kan waktu jungle trekking tadi?!"

"So?"

"Dah kenapa handphone aku problem? Tak boleh on. Kau nak khianat pada-pada ah. Phone kot." Badanku ditolak kasar olehnya.

"Mana la aku nak tahu! Tadi beg basah kan? Phone kau masuk air la kot." Ujarku berang.

"Wey Far boleh belah kot. Tak payah la nak cari gaduh sini." Ujar Citra.

Aku bangun berdiri. Hadap muka berjerawat dia. Citra juga turut bangkit.

"Tak faham aku macam mana Eiz boleh pilih kau jadi penolong. Sedangkan ramai lagi je yang layak. Dalam banyak-banyak orang budak masalah ni juga dia pilih. Tak cerdik betullah." Sindir Farhanna.

Sedapnya mulut berbicara. Kalaulah Eiz ada kat sini biar dia dengar mulut longkang kau.

Kebetulan memang waktu tu Eiz tengah lalu depan kami pun. Ajaib betul. Macam tahu-tahu je kan?

Us ✔Where stories live. Discover now