Chapter 35

431 34 6
                                    





BUKU latihan yang terbentang luas aku pandang sunyi. Muka surat masih kosong. Hanya ada beberapa digit sahaja yang tertulis di atasnya. Itu pun soalan.

Fikiran aku melayang-layang entah ke mana. Serabut. Kalkulator ditekan sesuka hati. Bukan tujuan untuk mengira tapi hanya sekadar mengisi kebosanan.

"Wei soalan nombor 5 kau buat macam mana?" Zulfa di sebelah menarik buku aku.

Kosong.

"Soalan satu pun kau tak buat lagi?!" Terbeliak matanya. Dah hampir satu jam masa matematik tambahan berlalu, tapi satu soalan pun belum aku selesaikan.

"Kau serious lah Ika? Termenung apa ni?"

Aku angkat bahu. Mulut mencebik. Aku menongkat dagu. Tu lah aku dah kata.. Sekali fikiran aku terganggu, satu kerja pun aku tak boleh nak buat.

Zulfa menggeleng perlahan. "Kau ada masalah ke?"

Aku menoleh sekilas. Mata terkedip-kedip melihat Zulfa.

"Kau rasa.. Layak ke aku diberi peluang kedua?" Soalku tanpa sebarang reaksi. Spontan saja soalan tu terpacul dari mulut.

Zulfa tergelak. "Kenapa kau ni? Broken eh?"

"Jawablah.."

Zulfa menongkat dagu sambil matanya memandang ke atas. Gaya orang nak berfikir.

"Hummm...aku tak tahulah. Aku bukannya love expert tapi yang aku boleh cakap, semua orang layak diberi peluang kedua. Sebab kita tahu manusia tak sempurna. Allah pun terima taubat hambaNya yang berdosa. Buatlah dosa berjuta kali pun, sekali kau mohon taubat Allah pasti terima. Nabi Muhammad pun memaafkan umat. So apa sangatlah kita ni nak menghukum orang lain right?" Terangnya panjang lebar.

Kata-kata Zulfa sedikit sebanyak melegakan hati aku. Bibir menguntum senyum kecil.

"Tapi untuk dapat peluang kedua tu bukannya mudah. Kau kena dapatkan balik kepercayaan orang tu terhadap kau, and kau kena berjanji takkan ulang balik kesalahan yang sama."

Maka berakhirlah motivasi cinta oleh Professor Zulfa Az-Zuyyina pada pagi ini.

"Thanks beb."

"No hal lah." Zulfa menampar lengan aku. Terbit rasa syukur dalam hati. Ada juga orang yang sentiasa menasihati aku.

Mataku beralih melihat Eiz di meja paling hadapan. Hanya Allah je tahu betapa rindunya aku kat dia.

Buku tulis milikku ditarik oleh Zulfa. Buku itu dibeleknya.

Zulfa berkerut tiba-tiba. "Seriously Ika?"

"Apa?" Kening dijongket.

Zulfa menunjuk pada helaian muka surat buku latihan milikku. Terjegil mata aku dibuatnya.

"Zulaikha ♡ Eiz handsome" ??

What the..

"Wei sejak bila.. Sumpah aku tak tulis pun benda ni." Aku mula cuak. Janganlah Zulfa ni fikir bukan-bukan. Dah macam-macam dah ni kantoi dekat dia.

"Hummm... I smell something fishy here." Zulfa dah senyum mengada. Keningnya dijongket beberapa kali.

Siapa yang tulis benda ni? Siap dengan emoji bagai. Dah la emoji gedik.

Eh kejap, ini...

Tulisan Eiz kan?



/#/#/#/#/#/#/#/#/#/#



Court bola tampar sekolah dipenuhi dengan para pemain. Masing-masing gigih berlatih mengikut pasangan yang telah ditetapkan oleh Sir Hafizi. Mssd nak dekat dah guys...

Us ✔Where stories live. Discover now