Chapter 71

423 32 1
                                    





SEGALA pinggan mangkuk di atas meja dikutip lalu aku meletakkannya ke dalam singki. Aku dan Eiz sekeluarga baru sahaja selesai makan malam.

Tudung saji diletakkan kembali ke tempat asalnya. Kain buruk yang tergantung dicapai lalu aku mengelap meja makan.

"Eh umi, biarkan je. Kejap lagi Ika basuh." Aku menghalang Umi apabila terlihat umi yang ingin membuka pili air.

"Banyak ni. Ika dah solat Maghrib belum?" Tanya Umi.

"Cuti."

"Lah, ye ke. Ha tak apalah kalau macam tu. Umi tinggal kat Ika eh, Umi tak solat lagi ni."

"Baik Umi."

Aku tersenyum kecil seraya mengangguk. Umi pun akhirnya beredar ke bilik. Aku kembali menyambung kerjaku.

Dapur dan ruang makan kat rumah diorang ni besar, lagi luas dari rumah aku. Ya lah, ahli keluarga ramai kan.

Walaupun besar, tapi tak ada lah berat sangat aku nak mengemas sebab dapur rumah ni memang dah bersih. Umi sangat pembersih orangnya. So kerja aku tak ada lah banyak sangat. Setakat lap meja dan cuci pinggan je lah.

Aku bergerak ke singki. Pili air dibuka lalu aku mula membilas pinggan mangkuk yang kotor.

"Akak.."

Aku tunduk apabila terasa kakiku seperti dipeluk. "Ya Isyraf. Ada apa?"

"Nak tolong akak basuh pinggan."

"Nak tolong?" Aku tersenyum kecil.

Tangan dibasuh lalu aku menutup pili air. Aku menolak lembut Isyraf yang sedang memeluk kakiku.

Tangga kecil yang terletak di tepi peti ais aku ambil. Beberapa barang yang terletak di atasnya dialih sebelum diangkat. Kemudian aku letakkannya di depan singki.

"Ha naik." Arahku. Isyraf tersengih lalu perlahan-lahan dia menapak ke atas dua anak tangga plastik itu. Ketinggian Isyraf kini sudah separas bahuku.

Isyraf di sebelah muncung mulut. "Macam mana nak basuh?" Dia mendongak melihat aku.

"Kakak cuci pinggan ni dengan sabun lepas tu kakak bagi Isyraf. Isyraf bilas pinggan ni dengan air. Faham?" Aku menerang perlahan-lahan supaya Isyraf dapat memahami arahanku.

"Okay." Isyraf mengangguk tanpa banyak tanya.

"Nah. Hati-hati eh. Nanti pecah, umi marah." Aku menghulurkan satu pinggan yang sudah disabun.

Berhati-hati dia memegang pinggan kaca itu dan perlahan-lahan meletakkannya ke dalam singki yang satu lagi. Pili air dibuka lalu dia membilas pinggan itu. Segala tingkah-laku Isyraf diperhatiku.

"Clever boy la Isyraf ni." Aku menggosok kepala bulat miliknya. Isyraf tersengih suka.

"Dah."

"Mana bersih lagi tu, tu kan ada sabun lagi." Jariku menunjuk ke bahagian yang masih terdapat sabun.

"Oo tak nampak." Isyraf membilas pinggan itu semula. Aku menggeleng sambil tergelak kecil. Walaupun lambat, aku biarkan sahaja Isyraf membuat semuanya sendiri.

Ajar dia berdikari.

"Macam ni?" Dia memberi pinggan itu kepada aku.

"Haa ni baru bersih. Pandai adik kakak ni!" Pipi tembamnya aku cium. Geram!

"Ha cepat, ada banyak lagi ni." Kali ini kami berdua cuci bersama-sama.

Dia cuci pinggannya dengan baik sekali! Good job Isyraf!

Us ✔Where stories live. Discover now