Chapter 38

450 34 2
                                    



"TERIMA kasih cikgu!" Ucap ketua kelas 5 Alpha diikuti dengan semua murid yang lain.

Maka berakhirlah kelas Fizik untuk kali ini. Semua mula beransur keluar meninggalkan makmal yang berada di aras paling bawah.

Ika membawa langkah longlai ke kelas di tingkat 3. Penat nak naik tangga. Buku-buku, pencil case dan kalkulator dipeluk erat di dada. Dia berjalan beriringan dengan Zulfa.

Baru sahaja tiba di tingkat dua, tak semena-mena badan Ika dilanggar oleh makhluk di belakangnya menyebabkan kalkulator Ika terjatuh.

Ika menoleh. Begitu juga Zulfa.

"Opss, sorry.." Citra buat muka acah tak bersalah. Sengaja.

"Shit!"

Malas nak cari gaduh, Ika mengendahkan sahaja. Badan dibongkok sedikit untuk mengambil kalkulatornya di lantai.

Belum sempat tangan Ika mencapai, ada sepasang kaki dari jauh berlari dan menendang kalkulator tersebut hingga jatuh ke bawah tangga.

Ini melampau.

Melihat gerangan di hadapannya sekarang membuatkan darahnya berderau naik. Memang muka kau je ke aku kena hadap hari-hari? Tak ada orang lain eh?

"Damn, this girl.." Gigi diketap.

Tubuh Farhanna ditarik dan dihempap ke dinding. Penumbuk diacu betul-betul depan muka.

Pada waktu yang sama, kebetulan tiga orang lelaki sedang menaiki tangga dan melihat adegan tersebut.

Eiz, Rafiqy dan Naufal.

"Haihh, bilalah nak berubah? Penat aku tengok dia ni. Tak habis-habis nak pukul orang."  Ujar Rafiqy.

"Agaknya tahun depan malam raya pun belum tentu nak berubah." Naufal menyambung.

Ika terpaku melihat Eiz yang menjeling ke arahnya. Tak jadi terus nak sambung bagi penumbuk.

"Perempuan yang tak pernah nak ingat mak bapak macam tu lah perangai. Kerja ikut kepala sendiri je, ada otak tak reti fikir. Sikap tu tak ubah ke mana pun!" Eiz berlalu dari tempat itu. Senyum yang cukup sinis dihadiahkan kepada Ika.

Ika menguatkan genggaman.

"Argh!" Dinding ditumbuk. Terpaksa menyasarkan sasarannya di tempat lain.

Farhanna senyum kemenangan.

"Ika!" Zulfa cemas melihat buku lima Ika yang sedikit berdarah.

"Ha tumbuklah aku nak tumbuk sangat! Tumbuk dinding asal?" Farhanna mendabik dada.

"Alah, buah hati lalu je dan dan kau acah bagus eh? Bajet! Eh kau berlakon la baik macam mana pun Eiz tak nak pun la kat kau, jangan nak perasan sangat." Farhanna meninggalkan tempat itu. Sempat dia melanggar tubuh Ika.

Ika tunduk. Dia menghela nafas panjang.

"Ika kau okay?" Soal Zulfa.

Tangan Ika dibelek. Terdapat sedikit kesan darah di bahagian tulang buku lima.

"Tak apa. Aku okay je."

"Kenapa kau tak tumbuk terus je dia tu? Memang patut pun muka dia tu pecah. Ey kalau aku dapat perempuan tu siaplah! Dia ingat dia tu siapa?"

"Tak ada gunanya nak bergaduh dengan geng tak waras tu. Ada je nanti orang lain back up."

"Aku tak faham la Far dengan Citra tu. Apa masalah diorang eh? Diorang sebenarnya nak apa? Kerap-kerap cari pasal." Zulfa bebel.

Us ✔Where stories live. Discover now