Chapter 43

418 34 8
                                    





MALAM yang memenatkan.

Aku melangkah malas ke dorm. Mengantuk gila sia sembahyang tarawih tadi. Aku pun tak tahu kenapa malam ni letih sangat. Sudah la 21 rakaat, imam yang baca tu pun macam nak dodoikan aku je. Mendayu gila. Dah la baca lambat hm.

Setelah tiba ke dorm, beg dicampak ke tepi katil.  Aku naik ke atas katil dan membaringkan diri. Tudung yang masih elok tersarung tidak dihiraukan. Nak kedut ke apa lantak kau lah. Mata dilelap sebentar menghilangkan kantuk.

Kepala dialih ke kanan. Aku membuka kelopak mata. Dapat aku lihat baju sekolahku yang elok tergantung di loker.

"Erghhh.. Baju tak iron lagi." Aku mengeluh berat. Nak kena tidur awal ni, nak bangun sahur esok.

Aku turun dari katil dan mencapai uniform sekolahku yang masih belum digosok. Lengkap dengan tudung, baju dan kain. Aku keluar dari dorm dan menuju ke bilik seterika.

"Oh God.. Full." Aku menggaru kepala. Kelima-lima iron board di situ sedang diguna orang.

"Urmm adik, nak after?" Soalku kepada junior form 3 yang sedang seterika bajunya.

"Sori kak, lepas saya ramai lagi turn. Dalam tiga orang juga lah." Jawabnya.

"Kau?" Orang di belakang menjadi sasaran seterusnya.

"Ramai juga."

"Kau pula?" Tanya lagi. Tanya lagi. Kalau boleh semua orang aku nak tanya.

"Urm lepas saya tak ada orang tapi saya nak iron banyak lagi ni." Dia menunjuk ke arah pakaiannya yang dilungguk di atas meja.

Ok banyak bhaii baju dia. Macam nak pakai seminggu.

Aku tak faham juga perangai junior yang jenis iron banyak gila baju, macam diorang ni tak pernah balik rumah. Dah la iron hari-hari. Buat macam asrama ni tempat tinggal dia. Kadang-kadang sampai minggu baru datang asrama pun diorang tetap iron dekat sini. Eh iron rumah korang rosak ke apa?

Ok panjang pula berleter.

"Kau Citra? Ada orang tak lepas kau?" Aku buat muka selamba. Even aku tak nak pun tanya dia actually, tapi tu lah. Sebab aku nak tidur awal so aku nak cepat.

"Tak ada." Jawab Citra tanpa memandang aku.

"Lama lagi tak?"

"Tinggal tudung je."

"Ha ok then. Aku after kau tau." Finally!  Berjaya cup iron board.

Pakaianku aku gantung di penyidai. Aku kembali ke dorm sementara menunggu Citra siap seterika baju dia. Selepas aku tukar baju tidur, basuh muka, kemas beg dan pakai losen, aku pergi ke bilik seterika semula.

Aku macam nak naik angin jugalah sebab Citra still tak siap lagi. Lama gila doh. Aku rasa aku tinggal dalam 15 minit jugalah. Berapa lama langsung dia ni iron tudung?

Aku menggeleng kepala seraya mendekati Citra yang sedang menyeterika tudungnya. Tidak lama aku di situ, hidungku dapat mengesan bau pelik. Ini bau hangit terbakar.

Mengabaikan bau itu, aku menggapai pakaianku untuk diseterika. Tengok Citra macam nak siap dah.

But wait.

"Mana tudung aku?" Kening dikerut. Aku memandang Citra yang sedang tersenyum sorang-sorang.

"Wei Citra kau ada nampak tudung aku tak?" Soalku. Aku berdiri betul-betul di depan dia.

"Tak. Tak nampak pun." Dia angkat bahu.

Mataku tertancap pada tudung yang sedang diseterika Citra. Ini bukan ke..

Us ✔Where stories live. Discover now