Chapter 52

408 35 8
                                    







"KESALAHAN yang kamu buat ni berat sangat. Kenapa dengan kamu ni Zulaikha? Saya kasihan dengan ibu bapa kamu. Apa motif kamu sebenarnya?"

Gigi diketap. Mukaku tiada reaksi. Aku mengecilkan mata, menjeling. Jari-jemari bermain sesama sendiri.

Aliah dan Eiz yang turut berada di dalam bilik pengetua aku abaikan. Mereka berdua hanya diam melihat aku dimarahi.

Di meja tuan pengetua sekarang elok terletak pendrive dan hoodie hitam yang 'kononnya' milik aku tu. Sebagai bahan bukti bahawa akulah dalang semua ini.

"Zulaikha saya bercakap dengan kamu ni!" Meja dihentak.

Aku bereaksi selamba. Aku dah malas dengan semua ni.

"Bukan saya yang buat masalah ni, tuan pengetua."

"Pardon?"

"Saya cakap.. Bukan saya yang buat masalah ni." Kali ini suaraku lebih kuat.

"Kalau bukan kamu siapa lagi? Bukti dah ada depan mata. CCTV pun memaparkan benda yang sama."

Aku tersenyum kecil. "Itu bukan masalah saya. Yang saya tahu memang bukan saya yang buat. Saya berani sumpah, Encik Mahir."

"Dengan nama Allah, saya Yumna Zulaikha Asfieya binti Zain Shahrin, bersumpah bahawa saya langsung tidak terlibat dalam melakukan kes ini."

Nampak skema tapi kisah apa aku? Ini sahaja cara nak buat orang percaya.

Encik Mahir menghembus nafas berat. Kerutan di dahi menampakkan bahawa beliau turut bingung.

"Wei kau sumpah-sumpah ni jangan buat main la." Aliah menyampuk.

"Sebab aku tak main-main la aku berani sumpah. Kau ingat aku ni bengap sangat ke macam kau? Cari bukti pun tak sahih, nak tuduh aku. Dasar Aztecs bodoh."

Kata-kataku mengejutkan semua. Lantak ah. Memang sangat biadab di depan pengetua tapi who cares? Kalau aku acah sopan pun bukannya diorang kisah.

"Ika!" Eiz memberi amaran. Aku jeling.

"Kamu dah melampau Zulaikha." Keras Encik Mahir memarahiku.

"Kurang ajar." Aliah menggumam perlahan.

"I'm sorry sir but that's the fact. Memang terang-terang korang ni bodoh. Tolonglah aku tak pernah nak kisah la kata laluan XT Room apa bala tu. Fikir aku kisah ke? Hey aku ada banyak benda lagilah nak buat dari cari kata laluan bilik puaka tu. Bukan High Council  je ke yang wajib tahu? Kenapa tak cari pesalah kes ni di antara korang hah? Aku yakin salah seorang daripada korang ni yang khianat aku."

"Pengawas tapi tak amanah." Ujarku lagi. 

"Assalamualaikum" Pelajar-pelajar High Council  memberi salam dan meminta keizinan untuk masuk. Mungkin pengetua yang suruh mereka ke sini.

Aku menjeling ke arah mereka.

Aku kembali memandang Encik Mahir. Ya, aku berani hadap semua ni. Sebab memang aku tak salah. Kebenaran harus ditegakkan.

Berani kerana benar!

"Sorry to say , tapi saya perlu menjatuhkan hukuman kepada kamu. Kamu digantung sekolah dan asrama buat sementara waktu. Penyiasatan berikutnya akan dilakukan dengan lebih terperinci untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut. Kamu jangan risau, kes ini akan disiasat sebaik mungkin oleh guru-guru dan Aztecs yang bertanggungjawab." Ujar Encik Mahir.

"Tetapi jika kamu terbukti bersalah jadi saya terpaksa mengambil langkah seterusnya dengan memblacklist  nama kamu dan kamu akan dibuang sekolah."

Us ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora