Chapter 45

440 37 10
                                    




PUKUL 8.00 MALAM

Kami sekeluarga ke masjid untuk menunaikan solat tarawih berjemaah. Oleh disebabkan jarak masjid dengan rumah tidaklah terlalu jauh, jadi kami semua hanya berjalan kaki ke sana.

Tiba di masjid, aku bersama Izzah, umi dan Tok masuk ke ruang solat wanita. Oh lupa. Budak kecik ni ikut sekali, Isyraf.

Kami semua duduk di saf kedua hadapan. Bersedia untuk menunggu azan Isyak.

"Umi, nak kencing." Isyraf menarik telekung Umi.

Haih budak ni tak dan apa lagi dah nak kencing lah apa lah. Ada je cara dia nak kacau Umi. Umi dah la tak larat, sakit belakang.

Umi menggeleng kepala. Sejadah kecil di atas riba dialihkan, nak bangun ke tandas.

"Eh umi, tak apa tak apa. Biar Ika yang teman dia." Volunteer.

"Tak apa ke ni?"

"Tak apa. Kesian Umi tak larat."

"Haa, Isyraf pergi dengan Kak Ika eh?" Umi memujuk Isyraf. Isyraf melihat aku dan Umi silih berganti. Tengah buat keputusan agaknya. Dahi tu sampai berkerut-kerut.

Tak nak lah tu hm.

"Jom lah pergi dengan akak. Meh." Aku menyambut tangan kecil itu.

"Jom." Isyraf bangkit dari duduk. Nasiblah dia nak. Jadi, aku bersama Isyraf pun ke tandas.

Usai menguruskan si Isyraf, aku memimpin Isyraf ke tempat mengambil wudhu. "Isyraf duduk sini diam-diam tau. Tunggu akak nak ambil wudhu."

Dia mengangguk faham. Ha kan bagus macam ni.

Pili air dibuka. Dengan penuh khusyuk, aku meratakan air ke setiap anggota wudhu. Kemudian doa selepas wudhu dibaca.

Dan akhirnya aku mendapati, Isyraf dah tak ada.

Cuak. Aku cepat-cepat memakai telekung dan bergegas ke ruang solat semula. Aku menuju ke saf yang kami duduk tadi. Tapi Isyraf tak ada pun?

"Umi, Isyraf mana?"

"Lah, bukan dia dengan Ika ke?" Umi menyoal aku balik. Ha sudah! Budak ni pergi mana?

Tanpa menjawab pertanyaan umi, aku segera keluar mencari Isyraf. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke tandas semula. Tak ada. Ruang ambil wudhu pun tak ada.

Aku mencarinya di merata tempat. Masjid ni bukan kecik woi. Dah la ramai orang kat sini.

Mana lah kau pergi Emir Isyraf..

Mata meliar di segenap kawasan mencari kelibatnya. Isyraf pakai baju apa tadi? Rasanya, baju melayu biru.

Puas mencari, akhirnya aku dapat mengesan kelibat seorang budak kecil sedang berdiri di hadapan mesin air. Mesin air tu betul-betul tepi tangga tempat masuk utama masjid. Dan dekat sini ramai lelaki.

"Isyraf!" Aku meluru ke arahnya. Banyak mata yang melihat aku. Mesti diorang macam 'dah kenapa perempuan ni terjerit-jerit macam orang gila' . Tapi peduli apa. Lantak ah dekat sini ramai lelaki ke tak. Janji aku dah jumpa ko.

"Ya Allah sayang, puas kakak cari. Isyraf pergi mana? Kenapa Isyraf tak dengar cakap kakak? Kan kakak suruh tunggu." Bahu dan pipinya dipegang. Aku buat muka garang.

"Isyaf dahagalah. Nak air tu.." Jari telunjuknya ditala ke arah mesin air.

"Tapi kakak tak bawa duit."

"Tapi Isyaf dahaga."

Aku mengeluh. Mata aku kemudian tertancap pada mesin Coway di hujung sana.

Us ✔Where stories live. Discover now