Chapter 61

456 35 8
                                    







"STAY  asrama tu elok-elok. Jangan cari pasal dengan orang. Ingat, Papa tak nak dengar lagi nama Ika kena sebut dengan pengetua. Kalau ada student start cari gaduh, abaikan je."

Pesan seorang bapa kepada satu-satunya anak gadis kesayangannya. Papa kini mengeluarkan bagasi aku dari bonek kereta.

"Jangan nakal-nakal tau. Sekarang Ika kena fokus pada exam je. Tak payah fikir benda lain dah. Kalau ada orang buat Ika bagitahu Mama, biar Mama report dekat pengetua." Mama mengusap-usap lengan aku.

Aku menggeleng sambil menghela nafas perlahan.

"Ma..Pa.. Ika bukan budak darjah satu baru masuk sekolah tau?"

Terasa seperti budak kecil pula. Kena pesan macam-macam, tak boleh itu tak boleh ini.

Nak buat ape pun tak oleh!

"Ya lah. Ika tu bukan boleh. Kalau tak pesan kang macam-macam Ika buat. Ingat eh janji kita, Mama tak nak Ika buat perangai macam dulu."

"Baik Ma.." Kepala diangguk.

"Ni Exam kejap lagi baca soalan biar teliti. Baca dulu betul-betul baru jawab. Highlight keyword. Jangan gopoh nak cepat siap je."

"Baca doa. Kalau tak boleh jawab skip dulu, buat soalan lain. Kalau lupa, selawat banyak-banyak."

"Ya yaa.. Ika tahu la."

Dari dalam kereta sehinggalah sekarang, itulah yang diulang pesan dari tadi.

Langit yang masih gelap dipandang.

So guys, Im back!

Selepas dua minggu digantung, akhirnya aku dah kembali ke sekolah. Sengajalah aku ajak parents aku hantar pagi-pagi buta. Malas nak kalut-kalut. Kejap lagi nak kena angkat beg la, kemas locker lah apa lah.

"Ingat. Even Trial  je pun, Ika kena buat elok-elok. Jawab macam peperiksaan sebenar. Result percubaan pun penting juga tau untuk masuk universiti." Mama mengingatkan sekali lagi.

Aku tersenyum kecil.

"Yes Mama.. I know."

Aku tersenyum simpul. Sejak kejadian malam itu, Mama dan Papa berubah 360 darjah!

Caring  gila. Aku dimanja, dihargai dan disayangi.

Rasa macam akulah anak paling bahagia dalam dunia ni! Bukan kah kehidupan seorang anak tunggal macam ni?

Nampaknya tindakan aku bersuara dan lari rumah tu berkesan! So, korang yang rasa kurang kasih sayang macam aku tu boleh cuba ya.

Hihi

Gurau je

"Ok lah Ma, Pa.. Ika nak naik asrama dulu nak kemas locker apa semua."

"Ye lah ye lah. Jawab betul-betul ya sayang? Ini masa depan Ika, Mama nak Ika buat yang terbaik." Mama mengusap kepalaku yang berlapik tudung.

"Do your best , Papa yakin anak Papa ni boleh." Ujar Papa pula.

Haih tiba-tiba je mood sedih datang. Bertakung air mata aku.

Ubun-ubunku dicium kedua orang tuaku. Mama menarik aku ke dalam pelukan. Papa juga turut sama. Aku mengeratkan pelukan.

Bahagia.

Belaian kasih sayang ibu bapa adalah satu-satunya perkara yang aku impikan selama ni.

Terima kasih Ya Allah. 

Us ✔Where stories live. Discover now