Chapter 31

472 36 4
                                    




"ALONG sini jap." Panggil umi. Mata menghala ke arah kerusi tanda menyuruh aku duduk di sebelah. Arahan umi aku turuti.

"Apa dia umi?" Aku melabuhkan punggung. Pandanganku dihala ke arah pokok-pokok bunga hasil tanaman abah.

Aku dan umi sekarang dekat luar rumah. Saja ambil angin petang.

"Ika macam mana?"

Soalan umi membuatkan aku angkat muka. Kening dijongket.

"Kenapa?" Aku ketawa kecil.

"Korang dua masih guna aku kau ke?" Tanya umi lagi.

Aku mengangguk tanda ya. "Nak buat macam mana umi. Dia yang tak nak tukar. Awkward katanya guna saya awak."

Umi mengangguk perlahan. Muka umi nampak serious. Seperti ingin mengatakan sesuatu.

"Dia dengan along macam mana? Okay?"

Aku menghela nafas panjang. Macam tahu-tahu je umi ni. Biasalah naluri seorang ibu, takkan pernah salah.

"Macam tu lah umi. Dia macam okay tak okay."

"Maksud along?"

"Dia baik je dengan along. Still dengan perangai dia tapi tu lah bila along serious sikit, or sentuh pasal benda-benda ni terus mood dia kelaut. Marah gila. Along pun macam tak berani la nak bangkitkan hal ni." Jelasku.

Kecewa?

Ya. Sedikit.

"Ye lah along tahu dia tak nak kat along pun. Perkahwinan ni dipaksa. Along rela tapi dia tak. Memang patut pun dia tak terima along."

Pahaku diusap. Umi tersenyum kecil.

"Along sayang Ika tak?"

"Mestilah sayang." Tanpa segan silu aku menjawab.

"Umi tahu anak umi bukan jenis yang mudah putus asa. Umi pun at first tak berapa setuju dengan plan ni. Abah nak sangat nikahkan korang. Tapi bila difikirkan balik, ada hikmah semua ni terjadi. Umi tahu along boleh ubah Ika.. Kalau bukan along siapa lagi?"

"Alah.. sabarlah. Ika tu ego je. Biasalah perempuan. Dia jual mahal sebab tak nak kecewa. So, along kena tunjuklah yang along sayang sangat-sangat kat dia. In shaa allah one day dia akan nampak juga."

"Sayang dia kerana Allah. Pimpin dia pada jalan yang sepatutnya. Tanggungjawab along untuk jaga Ika dan lindungi dia. Walaupun umi tahu, tahun ni banyak cabaran yang along kena hadap. Dengan spm lagi.. Tapi umi yakin anak umi boleh."

Kata-kata umi menaikkan semangat aku. Aku tahu aku boleh. Aku bukannya lelaki yang mudah mengalah.

I can handle this!

"Sikit lagi je. Umi dah boleh nampak Ika tu. Nanti dia okay la." Bahuku ditepuk.

"Thank you umi." Tangan umi digenggam erat. Kemudian tangan itu aku kucup penuh kasih sayang.



#/#/#/#/#/#/#/#/#


Kini semua pelajar Exac High School sudah kembali ke sekolah. Cuti pertengahan tahun selama dua minggu terasa seperti satu hari. Pantas betul masa berlalu. Nak cuti lagii!!

Aku menjejak kaki lagi ke sekolah ini, tapi dengan status yang berbeza. Tidak sama lagi dengan yang dulu. Dulu mungkin aku keseorangan.
Namun sekarang ada seseorang yang akan sentiasa memerhati aku.

Tiada siapa tahu rahsia besar ni selain Ryan. Dan aku harap rahsia ini kekal sehingga sampai waktunya. Aku tak minta semua ini terjadi tapi takdir Tuhan yang mengaturkan semua. 

Us ✔Where stories live. Discover now