Chapter 49

438 35 2
                                    






AKU berlari ke dapur, mencari Umi. Hihi. Dah buat macam rumah sendiri pula main terjah je masuk.

"Assalamualaikumm.."

Mama dan Papa hanya menggeleng melihat perangai tidak senonoh aku. Kami sekeluarga baru je sampai rumah Eiz, datang beraya.

Hari ini hari raya keempat. Diorang semua pun dah balik dari Kedah. Memang dah plan nak datang beraya sini, kebetulan Umi dan Abah pula katanya buat makan-makan hari ini, so tu yang datang.

"Waalaikumsalam. Laa Ika." Umi baru sahaja keluar dari dapur. Lantas aku menyalami tangan umi dan memeluknya.

"Eh Yani, Zain jemput jemput." Umi bersalam pula dengan Mama. "Sorilah sibuk masak kat dapur tadi. Tak dan menjenguk kat luar."

"Eh tak apa." Balas Mama lembut.

"Duduklah dulu. Kejap eh saya panggilkan Yusuf." Umi berlalu untuk mendapatkan abah.

"Aisyah masak apa?" Mama berura-ura melangkah ke dapur. Nak tolong apa yang patut.

Melihat tindakan Mama, aku juga turut sama ke dapur. "Umi meh Ika nak tolong--"

"Eh eh tak payah buat apa. Duduk je sini tak payah masuk dapur. Korang tu tetamu."

Oh yes!

Hehehehe. Aku dah tersenyum lebar. Umi yang cakap eh, mana boleh nak bantah.

"Eh tak apa. Tak susah pun. Biar saya tolong hidang kat depan ni pun tak apa dah." Mama memang ah. Degil. Orang cakap jangan, nak buat juga.

"Tak payah la Yani.. Duduk duduk. Dah habis dah pun." Umi menolak lembut. Mama akhirnya akur.

Eiz yang entah tiba dari mana, muncul.
"Mama, papa.." Dia meluru ke arah Mama dan Papa yang baru sahaja mahu duduk di atas sofa di ruang tamu.

"Hah Eiz, baru nampak batang hidung. Ni dari mana ni?" Soal papa. Hum, lama betul papa tak bersemuka dengan si menantu ni. Asyik kerja je kann..

"Dari bilik, duk layan Isyraf tu ha. Nak main game apa tah, tak reti. Pastu dia suruh orang mainkan kat dia." Balas Eiz bersahaja.

"Adik-adik yang lain mana?" Soal mama pula.

"Ada je. Izzah tengah tolong umi masak. Edhan ada dalam bilik dia dengan Isyraf." Jawab Eiz sambil tersenyum. Matanya beralih pula ke arah aku.

"Apa?" Aku mengangkat kening.

"Ika jumpa suami macam tu je respon? Salamlah. Cuba belajar hormat sikit suami tu." Mama menampar lembut belakang aku.

Aku berdecit perlahan. Sakit bekas kena rotan tu masih terasa. Tahan je Ika, mama dengan papa tak boleh tahu pasal ni.

"Ye Ika tahulah." Aku menjeling Eiz yang dah gelakkan aku.

Dia menyua tangannya sambil menjongket kening kepada aku. Senyum jahat sambil mendabik dada. 

Hebat sangatlah tu?

Aku buat muka seposen. Malas nak layan. Hulurannya disambut dan aku menyalami tangannya. Nampak gila tak ikhlas. Ya lah depan mama dengan papa kot. Aku malu, sekian.

Eiz mengambil tempat duduk di atas sofa. Turut ingin berbual.

"Eiz macam mana, sihat?" Tanya papa sambil tangan membuka penutup balang kuih yang tersedia. Nak tengok ada kuih apa yang sedap untuk dimakan.

"Sihat je pa, alhamdulillah. Papa, mama? Sihat?"

"Sihat macam ni je lah Eiz.." Balas Mama.

"Ika ada buat perangai tak Eiz? Papa nak tahu juga ni." tanya papa merenung aku sekilas.

Us ✔Där berättelser lever. Upptäck nu