Chapter 48

432 36 1
                                    





"EH SELAMAT. AIDILFITRI. KEPADA SAUDARA SERTA SAUDARI. SETAHUN. HANYA SEKALI.. MERAYAKAN HARI YANG MULIA INI!"

Kepala dan badan mengikut rentak lagu yang dimainkan. Mata dipejam sambil menari. Feeling. Aku menyanyi sekuat hati. Lusa dah nak raya!!

Aku dah nak balik rumah esok. Yep. Raya kat KL lah. Actually, kalau boleh aku nak beraya kat sini tapi tak kanlah nak tinggal mama papa raya dua orang je kot. Tak ada aku, tak meriah la raya diorang. Hihok.

"Haih sakan sangat ni." Eiz terjengul di pintu bilik sambil memeluk tubuh. Dia menggeleng perlahan.

Perbuatanku terhenti. Malu malu. Huhu.. Aku malu.

Spoil betul.

Kepala ditoleh ke belakang, ke arah pintu. "Ish cuba ketuk pintu dulu sebelum nak masuk tu? Ni tak, main terjah je." Aku kerut dahi. Cover.

"Dah pintu terbuka. Nampak terus la kau duk menari macam orang gila tu. Nasib baiklah umi, abah, Tok or Wan ke tak lalu." Eiz gelak.

Ohh kau gelakkan aku.. Tak apa tak apa.

Aku mengguling mata. Malas layan. Aku sambung melipat baju dan masukkannya ke dalam beg. Banyak lagi ni oii nak kena kemas. Haih, menyesal pula bawa barang banyak-banyak.

"Ika."

"Hm..?" Sahutku tanpa melihat Eiz.

"Keluar jap."

"Hah?" Aku mengerut dahi sambil usya Eiz pelik. "Buat apa?"

"Saja nak sembang."

Dah kenapalah mamat ni. Tiba-tiba je.

"Kau tak nampak ke aku tengah buat apa? Banyak lagi lah nak packing.. Sembang kat sini boleh je kan? Buat apa nak keluar."  Aku menyambung melipat seluar dalam.

Eh jap. Apa? Seluar daa--

Cepat-cepat aku sorok timbunan pakaian-pakaian dalam aku ke tepi beg. Eiii malunye. Dia nampak ke?

"Ish banyak songeh la kau ni. Cepatlah."

"Aku cakap tak nak kan?" Dia ni tak faham bahasa ke.

"Yumna Zulaikha Asfieya. Aku kata keluar." Aku dengar suara Eiz mula bertukar keras. Eiz mula berlalu meninggalkan bilik.

Amboih kau, sekarang dah pandai guna kuasa veto dia ehh.. Buat garang boleh. Nasib aku ni pikir dosa pahala je aku keluar.

Aku mendengus seraya mencampak baju ke tepi beg. Aku bingkas bangun dan menuju ke luar. Aku mendapati di ruang tamu rumah kosong.

Eh? Tak ada pun. Dia ni pergi mana? Takkan merajuk kot? Aku melangkah pula ke luar rumah. Bibir aku automatik mengukir senyum. Mata tertancap pada sekujur tubuh yang sedang duduk di atas tempat rehat di luar rumah. Nak kata pondok, bukan. Tempat rehat tu diperbuat daripada kayu, tapi tak ada bumbung. Alahh yang macam depan rumah tok dalang dalam cerita upin ipin tu. Lantak ah, aku memang tak tahu nama dia apa.

Selipar disarung dan aku menuju ke arahnya. Aku mengambil tempat di sebelah Eiz. Sebaik sahaja dia menoleh ke arah aku, dia terkejut besar.

"Amboi amboi amboi.. Hebatnya kamu. Yakinnya kamu." Eiz menggeleng sambil tersenyum sinis. "Mana tudung kau hah?" Rambut aku ditarik kasar. 

"Aduh aduh aduh, wei sakitlahh." Aku memegang tangannya. Apa masalah dia ni?

"Pergi masuk rumah ambil tudung."

"Alah rilek lah. Dah malam pun kan, bukan ada siapa-siapa pun kat sini." Jawabku selamba. Rambut tocangku masih dalam genggaman Eiz.

"Tak ada rilek rilek. Buat-buat nanti ada lelaki datang tiba-tiba macam mana? Ha nak tayang kat siapa rambut tu?" Ahhh dia start membebel dahh..

Us ✔Where stories live. Discover now