Chapter 65

470 36 5
                                    







"ZULAIKHA!" Panggil Cikgu Farizz.

"Ya cikgu?" Aku berlari-lari anak ke arah cikgu.

"Cikgu nak minta tolong boleh? Tolong pergi stor dekat blok C. Ambilkan stapler gun dengan ubatnya sekali. Ada dalam kotak biru. Kotak tu dah ada label dah. Kamu pandai-pandailah cari." Terang Cikgu Farizz panjang lebar. Sejambak kunci disua.

Aku menyambut kunci itu. "Okay. Cikgu nak berapa?"

"Ambil tiga." Tiga jari diangkat.

Aku mengangguk lalu mengorak langkah ke stor di blok C. Tangan dihayun-hayun perlahan sambil berjalan gembira.

Sebab dah habis Trial!

Hihi.. Syukur alhamdulillah.

Last paper  kelmarin, hari Isnin. Hari ini pula dah mula bergotong-royong nak hiaskan dewan untuk persiapan majlis graduasi yang akan diadakan pada Khamis ini.

Cepat kan?

Sengajalah pengetua buat awal sebab nanti tak adalah kalut-kalut untuk peperiksaan sebenar. Lagipun ada lah banyak masa untuk ulangkaji nanti.

Tiba di hadapan stor, aku membuka kunci mangga di pintu. Selak pintu ditarik dan pintu dibuka. Aku mula melangkah masuk ke dalam stor itu.

Berhabuk nau!

Tangan mengibas-ngibas di depan muka. Aku menutup hidung dan mulut. Stor ini sudah lama ditinggalkan kah?

"Haihh kenapa lah yang simpan stapler dekat sini juga." Aku membebel sendiri.

Dua rak kayu tinggi yang terletak di tengah stor itu dituju. Mataku meliar sekeliling. Aku kini berada di tengah celah di antara dua rak. Sempit.

Aku melangut membaca label yang tertera pada kotak-kotak yang tersusun.

Kotak biru.. Stapler gun..

"Ha jumpa!" Jari menunding ke arah kotak biru yang terletak di aras kedua rak.

Kotak yang berat itu diangkat. Aku akhirnya keluar dari celah rak itu menuju ke belakang stor yang lebih luas. Kotak  diletakkan ke bawah. Aku berundur sambil mencekak pinggang. Penat. Peluh yang merenik di dahi dilap menggunakan belakang tapak tangan.

"Panas..." Aku mengeluh perlahan sambil duduk bercangkung. Penutup kotak dibuka.

Tiba-tiba, tiga ekor kucing yang entah dari mana berlari memasuki stor. Bunyi kucing bergaduh memenuhi ruang stor itu. Mereka kejar-mengejar sehingga habis bersepah barang di situ.

Aku terkaku.

"Jangan lah gaduh kat sini." Aku menutup kedua telinga.

Badanku mula menggigil. Kaki aku terasa digam tak boleh bergerak. Aku duduk diam melutut sambil tangan kejap memegang kotak itu.

Sejujurnya walaupun aku tak takut kucing tapi aku takut bila kucing bergaduh.

Tiga ekor kucing itu menuju di bawah kerusi plastik yang tersusun di belakang aku. Kerusi itu mula bergoyang tanpa aku sedar. 

Kepala ditoleh ke belakang. Hampir luruh jantung aku melihat kerusi yang disusun bertingkat itu mahu jatuh ingin menghempap aku.

Mata dipejam rapat. Tak sempat dah nak lari.

"Arghh"





*********



Eiz melajukan langkah menuju ke stor di blok C. Kalut. Banyak betul kerja yang dibuatnya hari ini.

Us ✔Where stories live. Discover now