Chapter 73

574 35 3
                                    






"KAU..kau tak bagi ke aku jadi tentera?" Eiz menyoalku kembali.

Dan buat seketika aku dapat membaca pandangan matanya, yang dia betul-betul nak pergi.

Aku mendengus sambil tersenyum sinis. Baru tadi saja kitaorang berbaik tapi sekarang ni jiwa aku meronta-ronta untuk memberontak.

Kenapa dia masih berkeras nak pergi? Ah! Aku tak sanggup.

Ika, relaks.

Sabar. Jangan ulang kesalahan sama. Kawal emosi kau.

Aku menarik nafas dalam lalu melepaskannya. Aku kembali memandang Eiz di depan mata.

"Aku tak kisah bila kau jadi tentera as a trainee, sebab nanti aku pun pergi sambung belajar right?  Tak ada lah nak teringat sangat bila duduk dengan kawan-kawan. Tapi macam mana kalau kita dah habis belajar, dah besar, ada kerja nanti?  Aku kena hidup sorang-sorang lagi ke? Tentera mana ada masa dengan keluarga, Eiz." 

"Schedule tentera pack gila, aku tahu tu. Handphone korang pun nanti kena ambil. For a long time, korang tak boleh nak contact ahli keluarga kecuali bila phone diserahkan balik je. Macam mana aku nak stay contact kau?" Ujarku panjang lebar. Mataku dah mula berkaca.

"Aku tak nak berjauhan dengan kau lama-lama." aku memasamkan muka.

Ya, menjadi tentera bukanlah mudah. Pelatih terpaksa menjalani latihan awal selama 9 bulan, tanpa gajet. Aku ulang, tanpa gajet.

If ada hal kecemasan sekalipun, waris perlu menghubungi pejabat terlebih dahulu untuk memaklumkan perkara tersebut. Nak call rindu-rindu, homesick apa semua tu, pakai public je lah.

Mana aku tahu?

Sebab aku dan Eiz kedua-duanya ahli PKBM. Kami pernah join kem Tentera semasa form 4 dahulu, di mana tentatifnya memang seakan-akan latihan tentera sebenar. Kami juga didedahkan dengan pelbagai info tentangnya. Latihan, kawad, masuk hutan, merentas halangan, latihan menembak dan macam-macam lagi. Sumpah penat tak tipu!

Walaupun aku suka aktiviti-aktiviti lasak macam tu, tapi tentera bukanlah pilihan aku sebagai kerjaya. Dan aku tak faham kenapa Eiz minat sangat dengan pekerjaan itu.

"Asal manja sangat ni?" Eiz senyum mengejek. Lebar betul senyum tu sampai mata sepet.

"Aku tak nak duduk sorang-sorang. Bosan tahu tak. Cukuplah 16 tahun aku jadi anak tunggal. Nanti dengan siapa aku nak gaduh? Siapa nak dengar aku bebel?"

"Izzah ada. Edhan ada. Haa tu Isyraf lagilah, adik kesayangan kau kan." Dia tergelak kecil.

"Eiz, aku serius ni."

Eiz ketawa kecil seraya menggelengkan kepala. Dia berdehem kecil sebelum kembali memandang aku. "Ika, cuba pandang atas."

Aku mengerut kening. Pandang atas?

"Just look up."

Tidak mahu berbalah, aku turutkan sahaja arahannya. Aku mendongak memandang ke langit.

"Can you see? We both are under the same starry sky."  Bahuku dipaut Eiz lalu dia menarikku ke sebelahnya. Dia turut memandang ke langit.

"As long as we share the same sky and breathe the same air, we're still together."

Aku menoleh ke arahnya, memandang dia yang masih bermadah pujangga.

"And I want you to know, even there are many stars in the sky, but only one shines trough my heart."

Us ✔Where stories live. Discover now