Chapter 28

454 36 2
                                    





MEJA makan penuh terhidang dengan pelbagai jenis lauk-pauk masakan umi. Sekarang masa makan malam. Seperti biasa, satu keluarga berkumpul and today we have a new family member!

Abah dan umi duduk bertentangan aku dan Ika. Ika duduk di sebelah aku, dan tepi Ika pula Izzah. Edhan duduk di sebelah abah. Isyraf?

Masih lena.

"Sedap la umi masak. Ni makanan favourite Ika ni." Ika bersuara. Cuba untuk beramah mesra.

"Ye?" Umi senyum.

"Haah. Mama pun selalu juga masak tomyam dekat Ika setiap kali Ika balik dari asrama."

"Baguslah macam tu. Haa.. tambahlah lagi." Ujar umi senang hati.

Ika senyum. Aku di sebelah juga turut senang melihat. Syukur, Ika okay je. Tak ada la nak membisu sangat. Maklumlah dia ni kan 'penyegan' sikit orangnya.

"Ika dah okay Ika?" Abah menyoal. Air sirap diteguk.

Ika angkat kepala. "Hah?"

"Dah okay? Dah boleh terima yang Ika ni isteri Eiz?"

Ika diam. Dia hanya tersenyum kecil sambil mengangguk. Huh.. Aku tahu dia masih tak boleh terima lagi.

Abah ni pun satu. Tanya soalan pelik-pelik sungguh la.

"Malam pertama korang macam mana?" Tanya abah.

Uhuk uhuk!

Ika terbatuk. Tersedak kawan.

"Abang! Apa ni tanya macam tu?" Umi menampar paha abah.

Izzah cepat-cepat hulurkan air kepada Ika.

Aku kat sini mampu gelak je. Pertanyaan abah win betul.

"Hehe." Abah gelak jahat.

"Abah pun.. Sama je perangai macam along. Dua-dua mengada! Kesian akak tau." Izzah mengurut belakang Ika yang masih batuk.

"Hahaha. Ika terkejut ke? Minta maaflah. Abah tak sengaja. Tersilap soalan." Abah gelak.

"Abah abah..." Aku menggeleng. Ika di sebelah ditoleh sekilas.

Akhirnya dia berhenti daripada batuk. Dah okay. Tapi mata dia merah.

"Minta maaflah Ika. Abah memang macam ni. Suka mengusik." Ujar umi.

Abah dan aku dua-dua gelak jahat. Of course la, like father like son!

Ika tersenyum malu. "Abah ni.."

Edhan yang makan di sebelah abah juga turut senyum simpul. Aku pandang dia.

"Eh kau apesal? Senyum senyum. Sibuk je!" Marah aku.

Edhan buat muka. Dia kemudiannya tergelak.

"Edhan Iskandar... Jangan fikir bukan-bukan eh. Jangan nak tiru perangai along dengan abah. Anak beranak sama je." Umi dah bagi warning. Edhan gelak.

"Ish mana ada umi. Edhan gelak sebab tengok kakak Ika blushing. Comel je." Jawab Edhan selamba.

Aku dah terjegil. "Berani kau eh?"

"Eleh biarlah. Kakak Edhan juga." Edhan jelir lidah. Kemudian dia sambung menyuap nasi ke dalam mulut.

Ika pula hanya meneruskan suapan. Mampu tersenyum dan tahan malu je.

"Aduhmakk.. Payah la kalau satu family perangai macam Eiz ni. Tak keruan aku jadinya." Bisik hati Ika.



#/#/#/#/#/#/#/#/#/



Us ✔Where stories live. Discover now