βαβ 3

16.6K 442 4
                                    

"Puas dating dengan jantan?" kata Daniel sambil menjeling tajam ke arah aku

"Dia kawan saya dan saya bukan berduaan dengan dia dan Hannah juga bersama dengan saya" kataku untuk membetulkan tanggapanya terhadap Jungkook

Dia terus memberi aku sampul berwarna coklat dan aku memandang ke arahnya

"Bukalah"

Aku buka sampul tersebut dan terdapat satu borang yang tertulis 'Borang Penceraian'... Aku terkedu kerana cepat betul dia menyiapkan borang tersebut

Dia menyerahkan aku pen

"Abang, takkan secepat ni awak nak lepaskan saya... Bagi saya masa boleh tak?" rayuku

"Tak boleh... Sekarang kau tandatangan borang tu" katanya tegas

"Macam mana dengan ibu dan ayah awak? dorang tahu ke?" tanyaku lagi

"Esok kita akan berjumpa parents kita dan aku akan bawa sekali Farah"

"Tapi abang..."

"Kau tandatangan jelah! itupun susah" tengking Daniel

Terhinjut bahuku apabila dia menengking aku... Tanganku bergegar ketika aku ingin menandatangan borang tersebut

Air mata kekal mengalir dan aku memandang Daniel dan dia sekadar menunjukkan riak kosong dan membuatkan aku semakin sakit hati

Dengan hati yang terpaksa, aku menurunkan juga tandatangan lalu menyerahkan borang kembali kepadanya

Dia tersenyum puas

"Minggu depan kita selesaikan di mahkahmah" katanya lalu pergi dari situ

🌺🌺🌺

"Kesian kau, Bella... Tak sangka Daniel lebih memilih aku berbanding kau" sindir Farah

"Kenapa kau mesti kahwin dengan suami aku? tiada lelaki lain lagi ke dekat dunia ni? atau kau ni jenis kaki perampas?" kataku sinis

Farah terus menarik rambut aku dengan kuat menyebabkan aku merintih sakit lalu dia menampar aku

"Mulut kau jaga sikit... sebenarnya kau yang perampas bukan aku! kau yang ambil kebahagian aku!" katanya

"Sudah jodoh aku dengan dia dan lagi satu kau sebenarnya perampas dan perosak rumahtangga!!" jeritku

"Aku bukan perampas tapi aku nak ambil hak aku" katanya sinis

Dia terus melepaskan genggaman rambutku lalu dia keluar dari bilikku

Aku penat untuk hadapi cabaran ini... Aku penat untuk menangis dan Aku penat untuk dikecewakan

Air mata mengalir dan banyak kali aku menangis kerana lelaki yang aku cintai telah melukai aku

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now