βαβ 16

9.9K 248 3
                                    

Paling Last Update😂❤

"Ya Allah! kenapa dahi Bell berbalut ni?" tanya mummy risau

"Terhantuk dekat dinding mummy. Tak sakit pun sebab anak mummy kuat" kataku seraya tersengih

"Mummy tak tanya pun kalau sakit atau tak" gurau mummy

Alahai mummy kesayangan aku ni sudah pandai berguraulah. Ini buat aku semakin sayang dengan dia

"Mummy, Bell naik dulu. Nak rehat sekejap"

Mummy sekadar mengangguk sebelum meneruskan melakukan kerjanya

❤🌺❤🌺


"Abang dah kenapa? macam orang gila dah Sarah tengok" sindir Sarah

Adrian sekadar menjeling adiknya

"Memang abang gila sebab rindukan tunang abang. Sudah 3 hari dia tak call abang dan hidup abang tak lengkap tanpa dia" kata Adrian

"Alahai tiga hari pun bukan tiga tahun. Tapi kenapa Kak Bella tak call abang? mesti abang gaduh dengan Kak Bella" tebak Sarah

Adrian sekadar mengangguk. Terasa down mood sejak Bella merajuk dengan dia

"Abang pergilah pujuk dia" kata Sarag

"Kau rasa dia nak tengok muka abang kalau abang pujuk dia? mungkin dia halau abang terus" kata Adrian lirih

"Sarah ada idea yang bernas lagi bijak" kata Sarah

Sarah memberitahu idea yang bermain di fikirannya kepada Adrian. Adrian tersenyum lebar apabila mendengar idea tersebut

"Pandailah kau! bila kita boleh mulakan rancangan ni?" tanya Adrian

"Esok"

Adrian mengangguk seraya tersenyum. Rancangan Memujuk Cik Tunang bermula!


❤🌺❤🌺


Ting Tong!!

Aku segera turun apabila lonceng rumah berbunyi. Apabila aku membuka pintu, tiada langsung kelibat orang. Aku segera masuk tetapi lonceng rumah berbunyi lagi.

Aku membuka pintu dan kali ini ada seorang budak lelaki dan di tangannya ada sejambak bunga mawar serta coklat ferrero rocher. Dia tersenyum lalu menghulurkan bunga tersebut kepadaku. Aku mengambilnya lalu dia segera lari dari situ

Aku melihat bunga tersebut dan terdapat kad ucapan di kelopak bunga.

Sayangku cik tunang janganlah merajuk lama-lama, takut hati ini tak boleh hidup tanpa hati awak🌹 I miss you, darling❤

From Your beloved fiance
Adrian🌺❤

Aku tersenyum melihat ucapan diberinya. Walaupun dia memberi sekadar sejambak bunga mawar, tapi sedikit sebanyak mampu buat aku tersenyum

Telefonku berdering dan melihat tunang sedang telefon aku. Nak angkat ke tidak? Angkatlah lagipun aku rindu suaranya

"Assalamualaikum Bella"

"Waalaikumsalam. Kenapa awak call saya?"

"Saja nak lepaskan rindu. Awak suka tak hadiah dari saya?" tanya Adrian penuh teruja

Aku tersenyum sinis. Aku rasa nak kenakan dialah

"Setakat sejambak bunga mawar dan coklat, ramai lelaki boleh bagilah" sindirku

"Jadi awak cakap hadiah saya ni tak cukup istimewalah? Awak nak apa supaya awak tak merajuk?" tanya Adrian

"Fikirlah sendiri" kataku lalu mematikan talian tersebut

Dalam hati sudah mentertawakan tunangku. Aku segera mesej Adrian

Saya gurau je. Walaupun sekadar bunga mawar tak adalah istimewa sangat tapi cinta awak adalah paling istimewa untuk saya❤ - Bella

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now