BaB 68

6.6K 173 14
                                    

"Bella! Bella pergi mana? Mummy call Bella tapi Bella langsung tak jawab panggilan mummy" kata Datin Liya kepada Bella sebaik sahaja Bella melangkah masuk ke dalam

Farah dan Laura terus sahaja naik ke atas dan memberi ruang kepada Bella dan Datin Liya untuk berbual sebentar

"Telefon habis bateri" balasku pendek

Datin Liya mengeluh melihat sikap anaknya yang dingin. Dia tahu anaknya tak mahu kahwin dengan Daniel tapi dia perlu juga kahwin untuk menutup aib

Kalau aib mereka terbuka, memang kecohlah satu Malaysia dengar berita tersebut

"Bella masih setujukan untuk meneruskan perkahwinan nanti?" tanya Datin Liya

Aku mengeluh sebab aku memang dah dapat agak yang mummy pasti akan cerita pasal hal ini

Telinga aku pun naik jenuhlah dengar perkara ni berulang-kali

"Mummy, please for once you don't talk about this. I hate it so much, mummy" kataku dengan mendatar

"Walaupun Bella tak suka tapi kita mesti bincang juga pasal hal ini! Mummy tak mahu semua orang tahu sebab nanti kita juga yang akan tanggung malunya" kata Datin Liya dengan tegas

"Kita takkan tanggung malu kalau kita tak beritahu langsung pasal hal ini. Semua ini takkan berlakulah kalau Daniel tak rancan semua ni" kataku lalu segera naik ke atas

"Bella! Bella Ayana! Mummy belum habis cakaplah!" jerit Datin Liya

Ryan yang mendengar perbualan antara Bella dan Datin Liya secara senyap-senyap sudah tersenyum kelat

Entahlah kenapa hati seorang abang merasakan ada sesuatu yang tak kena pasal hal ini

Mesti kena siasat ni!

♡♡♡♡♡♡

Tersembur air kopi dari mulut Adrian apabila mendengar kata-kata Daniel sebentar tadi

Daniel memandang Adrian dengan tajam apabila dia secara tidak sengaja menyemburkan kopinya pada muka Daniel

Daniel mengambil tisu lalu lap mukanya yang terkena sisa semburan air kopi tersebut

"Maaf, bro. Aku tak sengaja semburkan sebab aku betul-betul terkejut dengar cerita kau ni" kata Adriam sambil tersengih

"Tak apalah. Nanti kalau kau nak sembur lagi, sembur lagi banyak-banyak dekat muka aku ni" perli Daniel

Adrian sekadar tersengih sahaja

"Okay, kembali pada cerita kau. Aku nak cakap satu benda je dekat kau" kata Adrian dengan serius

"Apa?"

"Aku nak cakap yang kaulah manusia paling bangang pernah aku jumpa. Kenapa kau reka cerita dan tipu semua orang? Kau tahu tak yang kau menambahkan rasa benci Bella pada kau" kata Adrian sambil menjeling tajam ke arah Daniel

Daniel hanya menghela nafas. Dia tahu dia salah sebab menipu tapi dia terpaksa!

"Aku terpaksalah, Adrian. Aku buat semua ni supaya aku dapat Bella. Aku tak sanggup lagi kehilangan dia. Cukuplah aku kehilangan dia dulu"

Adrian pula sudah mendengus kasar mendengarnya. Mahu je dia tunjal dahi Daniel berkali-kali sampai lebam. Biar dia sedar diri sedikit yang dia telah buat perkara gila

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now