BaB 83 [ AKHIR ]

13.4K 219 9
                                    

Author POV

Majlis Perkahwinan💕

Baju kurung berwarna putih tersarung di tubuh ramping milik Bella teramatlah cantik. Ditambahkan dengan renda dan labuci serta manik-manik menyerlahkan lagi kecantikan baju kurung yang agak simple

Selendang dengan warna senada dibetulkan dan diperkemaskan agar tidak kelihatan selekeh di pandangan orang lain

Tok Tok Rok!

"Kak Aini! Jemputlah masuk" pelawa Bella sambil tersenyum manis

Aini terus masuk ke dalam bersama barang-barang make up untuk mencantikkan lagi wajah Bella. Terus ia diletakkan di meja bersebelahan dengan Bella

"Amboi! Berseri-seri wajah bakal pengantin kita ni!" usik Aini

Merah padam wajah Bella apabila diusik sebegitu

"Tak payahlah usik! Bella malulah"

Aini tergelak melihat perlakuan Bella yang malu-malu kucing. Amat comel di pandangan mata Aini

"Cantiknya Bella! Macam bidadari dari kayangan turun ke bumi. Mesti Daniel terpegun tengok wajah Bella"

Bella tersenyum malu mendengar pujian daripada Aini. Ditepuk perlahan bahu Aini

"Eleh! Malu pula pengantin kita ni. Memandangkan masa kita tak banyak, akak make up Bella dengan ringkas je sebab wajah Bella memang cantik sudah" Aini mengeluarkan segala barang untuk menghias wajah Bella

Beberapa minit kemudian...

"Siap!" kata Aini lalu menyerahkan cermin kepada Bella

"Cantiknya! Pandai betul akak make up Bella. Tak terlampau tebal dan perfect" puji Bella dan dia masih lagi tak puas menatap wajahnya yang agak cantik dengan natural make up

Tok Tok Tok!

"Masuk!"

Pintu dibukan dan terjengul wajah Sarah yang sedang tersengih memandang ke arahnya

"Sarah!" jerit Bella dengan teruja

Sarah terus memeluk Bella

"Cantiknya kau! Macam puteri gunung ledang pula aku tengok kau" puji Sarah

"Aku biasa-biasa je"

"Bella, akak keluar dulu" pamit Aini lalu terus keluar dari bilik untuk memberi ruang kepada dua sahabat tersebut

"Sarah..."

"Apa?"

"Aku gementar"

Sarah tergelak besar. Lantas dia mengambil kerusi lalu duduk berhadapan dengan Bella. Terus sahaja dia mencapai kedua belah tangan Bella

"Sejuknya tangan kau! Ini terlebih gementar nampaknya. Sebelum ni, kau kahwin dengan Daniel tak adalah tangan kau sejuk sebegini" terkejut juga Sarah apabila merasa kedinginan tangan kepunyaan Bella

Bahu Sarah ditepuk kuat

"Kau tak payahlah nak tambah lagi gementar aku!"

Saeah tersengih melihat wajah Bella

"Rilekslah, Bella. Nanti lepas akad nikah, kau pegang tangan Daniel kuat-kuat supaya kau tak gementar lagi. Kau nak peluk dia pun boleh" sempat lagi Sarah mengusik sahabatnya

Sarah melihat jam yang terletak di dinding. Lagi beberapa minit sebelum majlis akad nikah bermula

"Bella.."

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now