BaB 77

6.3K 157 10
                                    

Promote sekejap💕🌹

Fall In Love With The Wrong Person
>> @afprincess

Semua jemputlah baca cerita tu! Best cerita ni💜🌻

6 hari sebelum majlis perkahwinan💎

Butik Pengantin

"Pen merah, Pen biru, Bella marah, Daniel love you!"

"Shut up, Daniel. Jangan ganggu saya"

Puan Amy dan pekerja di butik hanya tersenyum sahaja melihat tingkah laku pasangan tersebut

"Jadi, ada yang berkenan tak?" tanya Puan Amy taktala melihat Bella yang ralit melihat baju pengantin

"Semua baju pengantin rekaan aunty cantik sangatlah. Bella tak tahulah nak pilih yang mana satu?" kataku seraya tersengih

"Pilihlah mana-mana yang kau suka dan cantik di mata kau" sampuk Daniel

"Awak cakap memang senanglah tapi saya yang susah sebab nak pilih dress yang sesuai dan cantik untuk diri saya"

"Kau pakai baju gaun yang hodoh sekalipun tetap nampak cantik di mata aku. So, don't worry kalau kau ambil gaun hodoh sebab aku tetap panggil kau cantik, jelita dan menawan"

Aku mencebikkan bibir. Menyempat pula dia sweet di butik pengantin

Tersenyum-senyum pekerja butik mendengarnya. Kali pertama mereka mendapat pelanggan seperti ini

So sweet!

"Aunty boleh suggest tak baju pengantin yang sesuai untuk Bella?"

"Boleh je" kata Puan Amy seraya melihat baju pengantin yang tergantung

"Warna apa?"

"Putih"

Puan Amy tersenyum. Ada satu baju pengantin yang menarik perhatiannya. Dia terus sahaja mengambil baju tersebut lalu ditunjukkan kepada Bella

"Aunty rasa baju ni sesuai dengan kamu. Kamu pergilah try baju ni dulu dan Daniel pula pergi try baju ni" kata Puan Amy

Daniel dan Bella sekadar menurut sahaja. Mereka berdua terus sahaja menuju ke arah fitting room

Beberapa minit kemudian...

"Bella sudah siap ke?" tanya Puan Amy

"Sekejap lagi!"

Puan Amy dan Daniel duduk di bangku seraya menunggu Bella keluar dari fitting room

Daniel pula sudah lama keluar dari fitting room. Dia kelihatan amat segak dengan baju kemeja berwarna putih disertakan dengan tuxedo yang sama warna

Aku terus sahaja keluar dari fitting room bersama baju pengantin berwarna putih tersarung di tubuhku. Aku suka sangat dengan baju ni

Dengan manik-maniknya, renda, labuci dan semuanya!

"Wow" hanya itu sahaja keluar dari mulut Daniel. Dia betul-betul terpegun melihat Bella

Bagai bidadari dari kayangan turun ke bumi

"Okay tak? Muat ke tidak? Nak tambah apa-apa lagi?" tanya Puan Amy

"Okay sangat aunty dan muat dengan badan Bella. Tak terlalu ketat dan tak terlalu longgar. Rasanya tak perlu tambah apa-apa pun" kataku seraya melihat penampilan aku pada cermin

"Aku rasa kau perlu tambah sesuatlah sebab macam ada kekurangan sesuatu" kata Daniel

Aku mengangkat kening ke arahnya. Baju pengantin yang cantik ni dia cakap ada kekurangan?

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now