βαβ 11

12.8K 299 4
                                    

"Bella Ayana! lama tak jumpa kau" katanya

"Lama tak jumpa kau, Farhan Zariel" kataku sambil tersenyum kelat

Farhan adalah sepupu aku dan kami tak rapat sangat dan tak sangka dia sudah menjadi usahawan berjaya. Untunglah tuan badan!

"Silakan duduk dan kau ada bawa apa yang aku perlu?" tanya Farhan sambil tersenyum

Aku segera memberikan dia resume yang diperlukan. Dia membaca dengan tekun dan sesekali memandang aku

"Kau diterima bekerja di syarikat ni"

Aku tersenyum gembira. Aku berterima kasih lalu keluar dari pejabat tersebut


❤🌺❤🌺


"Farah?! kau buat di pejabat aku" kata Daniel terkejut melihat kelibat Farah

"Saya nak ambil kerja" kata Farah sambil mengenyitkan matanya kepada Daniel

"Aku takkan sesekali ambil kau kerja! baik kau keluar sebelum-"

"Sebelum apa? awak nak panggil sekuriti? huh! jangan harap. Kalau awa tak terima saya, saya akan beritahu semua bahawa saya bekas isteri awak" ugut Farah

Daniel menghela nafas. Susah betul berurusan dengan betina murahan ni. Ingin sahaja dia menengking tapi dia segera beristighfar

"Baiklah aku terima kau kerja di sini tapi pastikan kau buat dengan betul. Kalau tak aku dengan rela hati pecat kau" kata Daniel tegas

Farah sudah tersenyum mendengar jawapan positif dari Daniel

"Untuk awak, saya sanggup" kata Farah dengan menggoda

Terasa meremang bulu roma mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Farah

"Kau boleh keluar sebelum aku campak kau" ugut Daniel

Farah segera keluar dengan gembira. Tak lama lagi Daniel!

❤🌺❤🌺

Aku mengeluh buat kali ke-10. Hampir habis kredit aku semata-mata ingin telefon Adrian

"Kau dah kenapa?" tanya Hannah

"Adrian tak angkat call aku. Risaulah sebab sudah 3 hari aku tak dapat telefon dia" kataku risau

"Mungkin dia sibuk" kata Hannah untuk menenangkan hatiku

Takkan sibuk sangat sampai tak ada masa untuk jumpa aku. Atau mungkin dia curang dengan aku?!

Aku segera mengetuk kepalaku. Tak mungkin dia curang sebab dia setia dengan aku

"Kau dah kenapa? ketuk kepala macam ketuk kompang" sindir Hannah

Aku sekadar tersengih

"Aku baliklah dulu. Esok kau sibuk ke?" tanyaku

"Esok aku mungkin agak sibuk sebab uruskan butik ibuku" katanya

"Oh, tak apalah. Aku balik dulu" kataku lalu keluar dari restoran

Ketika aku keluar, aku ternampak kelibat seorang lelaki memeluk bahu perempuan

Aku mengecilkan mata sebab aku macam pernah nampak lelaki tersebut

Dan aku dapat agak siapa lelaki tersebut!

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now