BaB 66

6.7K 186 14
                                    

Jeng Jeng Jeng!!😜

"A-awak yang buat semua ni?"

Daniel hanya mendiamkan diri sahaja apabial disoal sebegitu. Perasaan marah serta kecewa pada diri aku semakin bertambahç

Aku meluru ke arah Daniel lalu menampar mukanya dengan kuat sehingga bibirnya terluka akibat tamparan aku

Empat orang lelaki yang hanya melihat situasi tersebut mulai bertindak untuk menjauhkan diri aku daripada Daniel

"Awak lelaki yang tak gunalah, Daniel! Saya tak sangka perangai awak ni teruk sangat. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila" kataku dengan nada marah

"Cik, bawa bersabar. Kalau cik marah-marah begini, perkara ini tetap sama sebab kamu berdua berdua-duaan dalam satu rumah tanpa ikatan" kata lelaki tersebut

"Bukan saya nak sangat berdua-duaan dengan jantan macam dia ni! Dia yang rancang dan saya yakin sangat"

"B-Bella, aku tak buat semua ni! Aku langsung tak sangka perkara ni akan berlaku. M-maafkan aku, Bella" kata Daniel dengan sebak

Aku memandang Daniel dengan tajam. Dia memang penghancur serta racun dalam hidup aku sekarang ni

"Apa kata kamu berdua ikut kami? Kita selesaikan secara baik dan berbincang. Nanti bagi pihak kami akan telefon keluarga kamu berdua"

Aku pula jangan cakap, memang gentar sangat ni. Kalau tak disebabkan Daniel, semua ni takkan berlaku!

"B-Bella..."

"Jangan bercakap dengan saya lamgsung sebab setiap kata-kata awak bagi saya hanyalah palsu sahaja" kataku lalu keluar dari rumah milik Daniel diikuti dengan empat orang lelaki tersebut

Daniel bangun dan keadaanya sekarang agak lemah

Dan yang paling teruk, Bella semakin benci dekat Daniel dan lebih tepat, benci yang teramat sangat

♡♡♡♡♡♡

PANG!!

Pipiku terteleng ke tepi saat tangan daddy menampar aku dengan kuat. Aku hanya membiarkan sahaja dia buat begitu kepada aku

Aku melihat wajah ahli keluargaku yang lain dan jelas wajah mereka sangat kecewa dengan aku. Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja

"Kenapa malukan kami, Bella? Daddy tak sangka perangai kamu liar sangat! Kenapa kamu masuk rumah Daniel sesuka hati?" kata Dato' Fakrul dengan mendatar

Aku menggelengkan kepala. Daddy sudah salah faham ni!

Daniel, Puan Sri Zarinah serta Tan Sri Hisyam hanya mendiamkan diri sahaja. Mereka pun turut kecewa dengan Daniel

"Bella langsung tak masuk ke rumahnya tapi dia yang bawa, daddy! Dia pengsangkan Bella dan dia ambil kesempatan ke atas Bella! Bella langsung tak bersalah" kataku untuk mempertahankan diri

"Betul ke Daniel?" tanya Tan Sri Hisyam untuk meminta kepastian

Semua mata memandamg ke arah Daniel menantikan jawapan. Aku memandang Daniel penuh harapan agar dia bercakap jujur

Daniel menghela nafas dengan berat

'Maafkan aku sekali lagi, Bella'

"Tak betullah, ayah. Bella tipu dan dia sendiri yang jejakkan kaki ke rumah Daniel. Daniel sudah cuba halau tapi dia tetap nak masuk"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now