βαβ 35

7K 182 9
                                    

Sudah 2 bulan berlalu dan hubungan kami semakin baik. Farah pula dah lama keluar dari rumah ni. Bagus sangatlah dia keluar. Aman sedikit rumah ni. Tak adalah zina atau maksiat berlaku di rumah ni

Aku sedang menunggu kepulangan Daniel. Walaupun hubungan kami semakin baik tetapi Daniel semakin sibuk dengan kerjanya. Aku terasa seperti diabaikan tapi aku hanya mampu menahan perasaan tersebut di hati

Aku melihat jam di dinding. Hampir menunjukkan jam 12 tengahari. Aku sedang menunggu kedatangan Daniel ke rumah untuk lunch bersama. Aku menunggunya sambil melihat menonton K-Drama

30 minit telah berlalu...

Aku masih lagi menunggu Daniel. Hampir 30 minit berlalu tapi tiada langsung kelibatnya. Aku cuba melihat dari tingkap jika kereta kepunyaan Daniel ada tapi tiada

Aku berasa hampa dengan Daniel. Tadi pagi bukan main janji bagai tapi batang hidung langsung tak nampak

Aku cuba menelefonnya tapi tidak diangkat. Aku cuba pula mesej dia tapi aku hanya dapat satu tick sahaja. Tapi last seennya menunjukkan bahawa dia baru sahaja offline beberapa minit yang lalu

Aku cuba menelefonnya lagi tapi tetap masuk terus ke voicemail. Aku mengusap perutku yang sudah kelihatan. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Sampai hati Daniel mungkir janji

"Baby nanti besar jangan jadi seperti ayah. Selalu tabur janji manis tapi selalu mungkir janji. Baby jadilah manusia yang berguna" kataku sambil mengusap perutku

Telefonku berdering dan aku segera mengambil telefonku. Aku sangka panggilan dari Daniel tapi daripada Ryan. Aku mengeluh

"Assalamualaikum abang. Kenapa call Bell ni?" tanyaku

"Waalaikumsalam. Bella! Tolong datang hospital cepat!" kata Ryan dengan tergesa-gesa

"Kenapa?" tanyaku sambil menahan gelisah di dalam hati

"Daddy kemalangan! Keadaan daddy sangat kritikal sekarang. Cepat datang dan bawa suami Bell sekali" kata Ryan lalu segera matikan panggilan

Aku segera menelefon Daniel. Air mata dibiarkan sahaja mengalir. Aku mengetap bibir dengan kuat. Panggilan tetap tak diangkat membuatkan mendengus geram.

Sibuk sangat ke sampai tak angkat call aku?

Aku berputus asa untuk menelefon Daniel. Aku segera bersiap lalu menelefon grab untuk menghantar akh ke hospital dengan segera

Aku berharap yang daddy akan baik-baik sahaja

♥♥♥♥♥♥

Aku segera mendekati kaunter pertanyaan dengan tergesa-gesa. Perasaan risau semakin menggunung

"Boleh saya tahu di mana pesakit yang baru sahaja dimasukkan sebab kemalangan?"

"Sekejap ye cik. Saya periksa dahulu" kata jururawat yang bertugas di kaunter pertanyaan

"Pesakit sekarang berada di wad ICU" kata jururawat sambil menunjukkan arah

"Terima kasih" kataku lalu segera peegi ke arah yang ditunjukkan

Kelihatan kelibat mummy dan Ryan sedang duduk dengan penuh risah. Aku segera mendekati mereka. Aku segera duduk di sebela mummy lalu memeluknya. Dia membalas balik pelukan aku

"Macam mana daddy boleh kemalangan?"

"Polis cakap kemalangan daddy disebabkan brek kereta tak berfungsi. Kemungkinan besar ada orang sabatoj daddy sebab takkan brek tak berfungsi sedangkan sudah di servis minggu lepas" kata Ryan

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now