βαβ 27

8.9K 222 14
                                    

"Sayang, bukalah pintu ni. Abang ada buatkan nasi goreng untuk sayang. Kalau merajuk pun, mestilah makan. Nanti dah habis makan, merajuklah balik" kata Daniel sambil memerli isterinya

Aku mencebikkan bibir. Mahu je aku keluar dan ambil makanan tapi semestinya ego aku tinggi melangit. Aku diam sahaja

"Sayang, kalau sayang tak mahu keluar ambil makanan ni, abang habiskan" ugut Daniel

Aku segera membuka pintu. Tersengih Daniel melihat aku berada di depan matanya. Aku sekadar menjeling tajam ke arahnya

"Nak kena ugut dulu baru mahu keluar ke sayangku?" perli Daniel sambil mengangkat kening

Aku sekadar menjulingkan mata ke atas. Menyampah pula dengar dia perli aku

"Suka hati sayalah" kataku lalu mengambil nasi goreng. Kecur liur aku tengok makanan tu

Baru sahaja aku ingin turun ke bawah, Daniel menahan tanganku. Aku mengangkat kening ke arahnya

"Abang nak minta maaf pasal semalam. Abang tak sengaja"

"Tak apalah, abang. Salah saya juga sebab mulut ni terlampau celupar" kataku tanpa menyedari aku menyebut perkataan 'abang'

Aku segera menutup mulutku apabila aku terlepas cakap. Daniel sudah tersengih lebar

"Cuba ulang lagi sayang. Abang cairlah bila sayang cakap begitu. Sejuk je hati ni" kata Daniel sambil menegang dadanya

"Jangan nak mengada ye. Jangan sampai saya sumbat dulang ni dalam mulut awak" ugutku lalu segera turun ke bawah

Kenapalah mulut aku suka sangat terlepad cakap? Mesti Daniel usik aku nanti

Daniel pula jangan cakap, Masih ada sisa gelaknya. Sungguh dia suka melihat muka Bella yang cuak apabila terlepas cakap

Comel!

❤🌺❤🌺

"You dah kenapa ni? I tengok you kusut semacamlah" Kata Catherine apabila melihat sahabat baiknya seperti mempunyai masalah

"I kusut sebab Daniel sudah kahwin dengan betina tak guna" Kata Farah sambil meneguk rakus jus mangga

Catherine hanya mampu menggeleng kepala. Inilah salah satu perangai Farah yang paling dia tidak suka. Terlalu obses dengan seseorang

"Farah, I bukannya nak sakitkan hati you tapi I rasa baik you berhenti kejar orang yang langsung tak sukakan you. Dia suami orang, Farah. I tak mahu kawan I jadi perampas dan pemusnah rumahtangga" kata Catherine

Farah sekadar menjeling tajam ke arah Catherine. Tahu sangat bahawa kawannya pasti tidak akan suka dengan rancangannya

"Catherine, you tu kawan baik I dan you sepatutnya sokong semua perkara I dan nasihat you tu langsung tak berguna" bentak Farah

"Tapi I langsung takkan sokong dengan rancangan kotor you. Walaupun I jahat sekalipun, I takkan sesekali cuba hancurkan rumahtangga orang" tengking Catherine

"Keputusan I tetap. I akan hancurkan merekan dan you boleh berambuslah. Kawan tak berguna!" tengking Farah

"Kalau you nak juga teruskan rancangan gila tu, teruskan. I tak mahu masuk campur langsung" kata Catherine lalu keluar dari restoran tersebut

Sungguh sakit hatinya apabila kawannya terlalu degil. Nanti kalau dia cari aku, jangan haraplah aku nak tolong dia

Farah mengetap bibirnya. Dia tidak kisah pun kalau Catherine tak ingin ikut plannya, dia boleh buat sendirilah!

"I akan tolong jayakan rancangan you" kata seorang lelaki

Farah memandangnya pelik. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba datang nak tolong bagai

"I tahu you sukakan Daniel. I akan tolong you dapatkan Daniel dan you tolong I dapatkan Bella. Macam mana?" kata lelaki tersebut mengangkat kening

"Baiklah I setuju" kata Farah sambil tersenyum sinis

Lelaki itu turut tersenyum sinis. Sekarang dia ada partner in crime dan makin mudahlah kerjanya untuk menghancurkan mahligai Bella dan Daniel

'Kamu bergembiralah dulu. Tak lama lagi, kami akan musnahkan hubungan kamu. Can't wait for it!'


Para readers rasa siapalah partner in crime si Farah tu?🤔 Adrian atau orang lain??

Siapa dapat teka, pandai sungguh kamu😝 Otak bergeliga betul😂

K itu jelah Byeee!!🐼❤

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now