βαβ 54

6.2K 170 11
                                    

"You okay tak Bella? I tengok you muram semacam je. Janganlah muram sangat nanti hilang seri bakal pengantin" kata Farah dan mengusik aku pada masa yang sama

Aku hanya mengendahkan sahaja Farah. Kek coklat yang baru sahaja dihidangkan tadi, aku hanya memandang sepi. Aku betul-betul rasa tak selera

"Cuba beritahu I, apa masalah yang ganggu dalam otak you? I boleh nampak sangat yang you tengah serabut semacam" kata Farah sambil memandang aku

"Farhan tak angkat call dan balas mesej I" kataku dengan sayu

"Mungkin dia sibuk sangat dengan kerja sampai terlupa call you. Jangan risaulah sebab I yakin sangat abang I tak buat perkara yang di luar jangkaan" pujuk Farah

"Sibuk? Abang you sibuk sangat ke sampai tak call saya hampir 1 minggu?! I terpaksa urus semua hal termasuk bajunya sampai I sakit kepala tahu tak?!" aku meluahkan segala yang berada di hatiku


Farah hanya mendengar sahaja bebelan daripada Bella manakala matanya memandang ke arah pasangan kelihatan mesra. Farah mengetap bibirnya dengan kuat

Farah menghempas tangannya pada meja. Terhinjut bahu aku apabila Farah tiba-tiba menghempas tangannya

Aku melihat Farah melihat ke arah sesuatu dan jelas mukanya sangatlah bengis. Baru sahaja aku ingin menoleh, Farah segera memegang muka aku dan membuatkan aku memandangnya

"Jangan pandang arah tu" kata Farah dan jelas suaranya seperti menahan amarah

"Kenapa pula? I nak tahu siapa yang you pandang sampai muka you bengis macam nak terkam orang" kataku pada Farah

"You tak perlu tahu siapa dia sebab I akan urus dia. I rasa you patut pulang sekarang sebelum hati you semakin sakit" kata Farah

Aku sudah mulai pelik. Farah halau aku sebab takut aku semakin sakit hati? Kenapa aku perlu sakit hati?

"Tapi..."

"Tolonglah, Bella. Kali ini you dengarlah cakap I dulu. I nak you balik dan you tak perlu risau pasal I. I nak uruskan sesuatu"

Aku sekadar menganggukan sahaja kepala. Aku mengambil beg tanganku dan memeluk Farah. Aku segera keluar dari kafe tersebut seperti Farah suruh

Selepas hilang sahaja kelibat Bella, Farah kembali menoleh ke arah pasangan tersebut. Dia betul-betul rasa nak marah mereka. Farah segera berdiri lalu menuju ke arah mereka

Farah semakin sakit hati apabila melihat abangnya bersama perempuan lain. Farah segera menuju ke arah mereka lalu dengan selambanya dia duduk di sebelah Farhan

Farhan terkejut apabila melihat Farah duduk di sebelahnya. Farah hanya tersenyum sinis memandang Farhan lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah perempuan di hadapannya

Jelas kelihatan wajah pelik dengan kehadiran Farah. Semakin lebar senyuman sinisnya memandang perempuan tu

"Awak siapa?" tanya Zahirah apabila melihat wanita tersebut drngan selambanya duduk di sebelah suaminya. Siap berpeluk tangan lagi

"Sebelum you tahu siapa I, I nak tanyalah you siapa sebenarnya? Tak pernah pula I tengok you keluar dengan Farhan?" kata Farah sambil tersenyum

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now