BaB 81

7.2K 145 6
                                    

2 hari sebelum majlis perkahwinan💎

Aku tersenyum nipis sahaja. Keadaan di rumah agak meriah dengan kedatangan saudara dari luar negara untuk melawat

"Bella!" jerit satu suara membuatkan aku mengalihkan pandangan

Terus lebar senyuman aku melihatnya

"Mak long!" terus aku memeluk tubuh wanita tersebut dengan erat sekali

"Rindunya mak long dengan anak saudara mak long ni. Tak sangka pula mak long yang kamu akan berkahwin dengan Daniel lagi" kata Datin Julia dengan senyuman mesra

Aku turut membalas senyumannya

"Kalau sudah jodoh mereka kuat, mereka tetap akan bersama" sampuk Ryan

Aku tersenyum sahaja

"Mana Laura?" tanya Datin Julias seraya matanya melilau mencarinya

"Dia ada dekat luar, mak long. Main dengan sepupunya seperti biasa"

Datin Julia mengangguk sahaja

"Ayah kamu pula mana?"

"Daddy ada dekat biliknya. Mak long pun faham macam mana keadaan daddy sekarang"

Datin Julia tersenyum nipis sahaja. Terus dia memeluk bahu anak saudaranya dengan erat. Diusap pipi Bella dengan lembut

"Kalau begitu, mak long pergi jumpa ayah kamu sekejap" terus Datin Julia bangkit dari duduknya dan meninggalkan Bella bersama Ryan

"Bella!" jerit Kevin dengan lantang dan pantas berlari ke arah Bella dan Ryan

Aku terkejut mendengar jeritan daripada Kevin dan begitu juga Ryan. Kami berdua menjeling tajam ke arahnya

"Kenapa jerit-jerit ni? Nasib mak long dan mak ngah tak dengar jeritan abang"

"Itu semua tak penting" tercungap-cungap  Kevin ketika bercakap

"Daniel datang sini!"

"Oh, Daniel datang sini" kataku bersahaja

Beberapa saat kemudian, baru aku tersedar. Membuntang mataku dengan nama yang baru sahaja aku sebut tadi

"Daniel datang sini?!" jeritku

Pantas aku melangkah menuju keluar. Ternganga aku apabila melihat Daniel dikerumuni oleh perempuan

"Banyak juga peminat Daniel ni" kata Ryan seraya tersengih sumbing

Aku menjeling ke arah Ryan sebelum kembali menatap ke arah Daniel. Kelihatan dia cuba melarikan diri daripada dikerumuni oleh perempuan

Padan muka! Siapa suruh mengada sangat nak datang sini?!

"Bukan mummy sudah suruh Daniel duduk di rumah ke dan tak boleh jumpa Bella selagi majlis perkahwinan belum berlangsung?"

"Daniel degil orangnya, abang. Macamlah abang tak kenal perangainya"
Ryan dan Kevin mengangguk laju dan  setuju dengan kata-kata Bella

"Weh! Handsome betul bakal suami Bella!"

"Alahai! Untung betul Bella dapat suami macan dia ni"

"Mereka berdua memang sepadan kalau bersama! Bagai cincin dengan berlian"

Aku tersenyum mendengar kata-kata mereka. Nasiblah mereka tak ada niat langsung nak rampas Daniel dari aku

Kalau ada, langkah mayat aku dulu!

××××××

"Aduh! Sakitlah! Bella lepaslah" jerit Daniel seraya dahinya berkerut menahan kesakitan dicubit oleh Bella

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now