βαβ 52

6.3K 173 36
                                    

Cintaku Hanya Untukmu dapat ranking #1 in generalfiction!!!

I'm soooo happy😍

"Semua dah siap ke?" tanya Datin Liya lalu duduk di sebelahku

"Semua dah siap pun, mummy" kataku dengan mendatar. Rasa tiada mood selepas jumpa Farhan

"Kenapa ni? Mummy tengok Bella macam tiada mood. Bella ada masalah ke? Cuba cerita dekat mummy"

Aku hanya menghela nafas

"Sebenarnya Farhan sibuk sangatlah, mummy. Sekarang ni, Farhan pergi Sabah petang ni sebab ada urusan kerja tapi entahlah. Bella rasa Farhan ada sorok sesuatulah dari Bella" katalu sambil melihat TV

Datin Liya memeluk bahu anaknya. Dia tahu sangat yang Bella takut kalau dia dikecewakan lagi. Dia yakin bahawa Farhan takkan lakukan perkara yang menyakiti hati anaknya

"Bella jangan risaulah. Mummy yakin sangat yang Farhan takkan sakiti hati Bella. Bella mesti percaya dengan dia dan kalau ada apa-apa masalah, bincang" kata Datin Liya sambil tersenyum

Aku hanya menganggukan kepala sahaja. Mungkin kata-kata mummy betul juga. Aku mesti percaya dengan Farhan

"Bila flight Farhan?"

"3 petang. Kenapa mummy tanya?"

"Mummy cadang supaya Bella jumpa Farhan sebelum dia pergi Sabah. Lepaskan rindu orang muda cakap"

"Betul juga kata mummy. Bella pergi bersiap dulu dan boleh tak kalau mummy jaga Laura?"

"Dah banyak kali Bella tanya soalan yang sama kalau nak keluar. Mummy akan jaga Laura dan tak perlulah risau sangat. Mummy akan jaga cucu mummy dengan penuh kasih sayang"

Aku segera memeluk mummy drngan erat

"Terima kasih, mummy! Sayang mummy sangat-sangat!" kataku lalu mencium kedua belah pipinya sebelum aku naik ke atas

"Dah jadi ibu pun perangai tetap manja" kata Dato' Fakrul yang sedang duduk di kerusi roda

"Biasalah, abang. Dialah satu-satunya anak perempuan kesayangan Liya" kata Datin Liya sambil tersenyum

Dato' Fakrul turut tersenyum. Walaulun dia lumpuh seluruh badan, Datin Liya dan anak-anaknya yang akan menjaga dia. Sungguh dia berasa syukur kerana dapat keluarga begini

♥♥♥♥♥♥

"Cik, kita dah sampai"

"Ini duit tambangnya pak cik. Terima kasih" kataku lalu segera keluar dari teksi

Nasiblah ada 50 minit sebelum penerbangan Farhan ke Sabah. Aku segera mencari kelibat Farhan di dalam lapangan terbang

Hampir 10 minit aku mencarinya tapi kelibatnya langsung aku tak nampak. Aku segera duduk di kerusi apabila aku mulai terasa penat dan agak pening

Seorang lelaki bersama seorang perempuan berlalu melepasi aku. Aku yang sedang duduk terus berdiri apabila aku terhidu minyak wangi milik Farhan. Aku segera mencari kelibatnya lagi

Aku ternampak seorang lelaki dan aku yakin sangat bahawa dia adalah Farhan Aku segera mendekatinya lalu memegang lengannya yang berlapikkan baju

Farhan terasa dirinya dipegang oleh seseorang segera menoleh. Matanya terbuntang apabila melihat Bella sedang nemegang lengannya sambil tersenyum manis. Jantung Farhan mulai berdegup kencang

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now