Special Chapter 3 [ Ramadhan ] 💕

9K 196 13
                                    

"Tema baju tahun ni nak warna apa?"

"Merah jambu!" serentak Bella dan Laura berkata seraya tersengih

Hazfriq dan Haziq yang bermain di pangkuan Daniel dibiarkan sahaja. Biasalah anak lelaki, mesti juga nak berkepit dengan ayahnya

Daniel terus menggeleng kepalanya berkali-kali. Jatuh sahamnya sebagai lelaki macho kalau pakai baju melayu warna merah jambu

"Pilihlah warna lain selain merah jambu. Jatuh saham abang sebagai CEO berjaya kalau pakai baju melayu warna pink. Terlalu girly for a handsome man like me" kata Daniel dan sempat juga dia memuji dirinya

Bella menggulingkan matanya ke atas. Laura pula mencebikkan bibirnya apabila mendengar ayahnya berkata sebegitu

"Abang sudah pilih tema baju raya tahun lepas. Tahun ni, bagilah darling dan Laura pilih pula" kata Bella sambil tersenyum

Daniel mencebik bibirnya. Hazfriq dan Haziq yang bermain di pangkuannya diletakkan di tilam yang berada di sebelahnya. Mainan diletakkan di hadapan mereka agar mereka mudah bermain dan tidak mengacau perbincangan antara Daniel dan Bella

"Abang..." meleret panggilan Bella kepada Daniel apabila Daniel langsung tak melayannya

"Laura, pergi main dengan adik dulu. Bagi mummy dan daddy berbincang sekejap"

Laura hanya patuh kepada arah Daniel. Dia terus berdiri lalu menuju ke arah si kembar yang sedang seronok bermain

"Abang!" Bella terjerit kecil apabila Daniel meletakkan dirinya di riba dengan selamba

"Abang! Nanti budak-budak nampaklah!" Bella cuba bangun tetapi pinggangnya dipeluk erat oleh Daniel

"Kalau darling nak pilih baju raya tahun ni, duduk diam-diam. Kalau tak, jangan harap darling dapat pilih warna baju raya tahun ni" kata Daniel seraya mengelus lembut pipi Bella

Bella mencebikkan bibirnya. Suka betul ambil kesempatan ke atas dirinya. Nasiblah Daniel ni suaminya, kalau tak dah lama dia ketuk kepala Daniel guna senduk besi

"Tak bagus mengumpat suami. Nanti tak hidu bau syurga nanti"

Bella mendengus geram

"Bila masa darling mengumpat abang? Tak sanggup darling kurangkan pahala untuk mengumpat abang" bidas Bella

"Bibir tu memang tak sah kalau tak membebel. Nasiblah sekarang ni tengah puasa. Kalau tak, sudah lama abang terkam darling" kata Daniel seraya tersenyum nakal dan matanya menilik tubuh isterinya dari atas hinggalah bawah

Bella menjentik dahi Daniel dan dia menutup dadanya menggunakan kedua belah tangannya. Daniel ni bukannya boleh dipercayai

"Mengucap, abang! Sekarang ni bulan puasa jadi mulut tu jaga sedikit. Malulah dekat anak-anak. Nanti malam, kalau abang mahu darling bagi" kata Bella dan terus menekup mulutnya apabila dia tersasul sebelum mukanya bertukar merah

Mulut ni memang tak sah kalau tak tersasul!

Makin lebarlah senyuman Daniel apabila Bella bercakap sebegitu. Daniel merapatkan lagi jarak mereka tapi segera Bella menahan dengan kedua belah tangannya pada dada Daniel

"Tak sabarlah nanti malam. Make sure wear something hot yang boleh buatkan abang tergoda"

Bella membenamkan mukanya pada dada Daniel apabila rasa malunya semakin menebal. Daniel tergelak melihat telatah Bella. Sudah dapat anak tiga pun masih lagi malu

"Darling..." Daniel berkata perlahan agar mereka berdua sahaja dapat mendengarnya

"Ya?"

"I love you" kata Daniel seraya tersengih lebar

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now