Special Chapter 1 [ Ramadhan ] 💕

7K 164 7
                                    

Special Chapter Ramadhan💕

Di Kediaman Daniel dan Bella...

"Abang! Bangun! Irreona!" Bella menggoncang tubuh badan Daniel berkali-kali

"Tak payah kacau, darling. Abang nak tidur pun susah" Daniel menepis tangan Bella yang sejak tadi menggoncang tubuhnya

Orang nak tidur pun susah!

"Abang! Bangunlah! Abang tak mahu sahur ke?" Bella cuba lagi menyuruh Daniel untuk bangun daripada tidurnya tapi hampa. Dia tetap tidak bangun

Bella sudah mendengus geram. Suaminya ni memang nak kena dengannya. Terus dia bangun katil dan menuju keluar dari bilik tidur mereka

"Suka hati awaklah, Daniel. Kalau nak tidur, pergilah tidur sampai mampus. Tak payah bangun sahur. Geram betul aku dibuatnya!" Bella membebel dengan geram seraya langkahnya menuju ke arah dapur

"Marah nampak?" kata Puan Sri Zarinah apabila melihat menantunya membebel sendirian dengan muka merah padam

"Tengoklah anak kesayang ibu tu. Liat betul nak bangun sampai Bella berteriak pun dia tetap tak bangun. Ini kalau bom jatuh dari langit pun dia masih tidur agaknya"

Puan Sri Zarinah menggeleng kepala sahaja sebelum tersengih. Kelihatan kelibat Daniel di belakang Bella tapi Bella langsung tak menyedarinya

Daniel menunjukkan isyarat kepada Puan Sri Zarinah agar tidak memberitahu kehadirannya dan Puan Sri Zarinah mengangguk perlahan

"Ibu pergi ambil nasi dulu" pantas Puan Sri Zarinah pergi ke dapur kembali

"Ikut perangai siapalah Daniel ni sampai susah betul nak kejutkan dari tidur. Kalau aku simbah dengan asid baru nak bangun gamaknya"

"Darling!"

Bella menoleh dan dia tersenyum sinis kepada suaminya. Cepat sahaja tangannya hinggap lengan Daniel. Dicubit sekuat hatinya sehingga Daniel terjerit kesakitan

"Baru nak bangun? Ingatkan mata tu tertutup masih sampai susah nak bangun"

"Hey, kenapa marah sangat ni? Tengah mengandung ke?" kata Daniel dan terus menyentuh perut Bella yang kempis

PAK!

"Sakitlah!" Daniel menyentuh lengannya yang baru sahaja dipukul oleh Bella

"Baru pukul sedikit sudah mengaduh sakit. Kata lelaki tapi perangai macam sotong"

Daniel tersenyum nakal ke arah Bella

"Memang abang lelaki pun. Kalau tak, memang tak adalah Laura, Hazfriq dan Haziq di dunia ni"

Bella menjeling tajam ke arah suaminya. Menyempat lagi Daniel berkata kotar dengannya dan nasib tiada siapa dengar

"Tak habis-habis nak dirty talk!" Bella terus berlalu meninggalkan Daniel bersendirian

Daniel tergelak melihat Bella yang sudah merajuk akan dirinya. Lantas dia mendekati Bella

"Tunggulah, darling! Nanti abang pujuk darling dekat bilik!"

"Diamlah!"

××××××

"Dah siap!"

Hazfriq dan Haziq memandang Bella dengan mata yang bulat. Mereka tersengih seolah-olah faham dengan apa yang ibunya bercakap

"Comelnya anak mummy ni!" Bella mencubit kedua pipi tebam Hazfriq dan Haziq dengan geram. Mereka berdua sangat comel!

"Kamu dua tunggu sini dulu. Mummy nak bersiap sekejap dan nanti kita pergi lawat daddy di pejabat"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now