βαβ 20

9.8K 257 0
                                    

2 Tahun Kemudian....

"Macam mana keadaan butik kita? jualan makin menaik atau menurun?" tanya Aqilah

"Butik kita ok dan jualan pula makin menaik dengan rekaan baju yang kau buat! makin ramai tempahan yang kita dapat" kataku teruja

"Allhamdullilah! makin bertambah rezeki kita" kata Aqilah sambil tersenyum lebar

"Bella, aku nak tanya sesuatu dan dah lama sangat aku nak tanya"

"Apa yang kau nak tanya?" kataku sambil menjongketkan kening

"Kau tak mahu balik ke pangkuan keluarga kau? aku tahu aku tak layak masuk campur tapi kau tak rindu dengan keluarga dan semua kawan kau?"

Aku terus menundukkan kepala. Aku hilangkan diri tanpa pengetahuan keluargaku. Aku terlalu kecewa sehingga sanggup larikan diri dari semua orang

"Memang aku rindu mereka semua tapi aku tak sedia nak jumpa keluarga aku" kataku lalu menangis. Sungguh aku betul-betul sedih

Aqilah memeluk aku. Dialah yang bantu aku dan sentiasa sokong dengan semua yang aku lakukan

"Aku cadang kau baliklah ke pangkuan keluarga kau. Pasal tunang kau, aku rasa kau perlu move on dan tunjukkan kau lebih kuat" kata-katanya sedikit sebanyak dapat memujuk hatiku

"Kalau aku balik, butik ni siapa nak urus?"

"Biarlah aku dan adikku yang uruskan. Lagipun, dia suka sangat dalam bidang rekaan dan baju ni"

"Nantilah aku fikir tapi aku masih nak uruskan butik sebelum aku betul-betul bersedia balik ke pangkuan keluargaku"

Aqilah sekadar mengangguk dengan keputusan yang dibuat oleh Bella. Nanti dibantah, ada yang merajuk

❤🌹❤🌹

"Ada apa-apa perkembangan pasal adikku?" tanya Ryan kepada kawannya, Edward

Edward menggelengkan kepala manakala Ryan sudah mengeluh. Hampir 2 tahun adiknya hilang tanpa jejak membuatkan dia rindu dengannya

"Sabarlah, bro. Mungkin adik kau akan balik dalam masa terdekat ni. kau sekeluarga ok tak?"

"Aku dan ayah ok cuma ibu aku dia berubah mendadak selepas Bella hilang. Dia jadi pendiam, kemurungan dan lagi teruk dia kurus macam orang tak makan 5 tahun" kata Ryan sayu

Sungguh dia rindu dengan keluarganya yang dahulu

"Kau boleh tak jejak adik aku lagi sekali? Mungkin kita akan tahu lolasinya"

"Kejap, aku cuba jejak dulu" kata Edward

Selepas beberapa minit, Edward menghentakkan tangannya ke meja. Ryan yang baru sahaja terlelap terus terbuka luas matanya

"Hoi!! kau kenapa hentak tangan kau di meja kesayangan aku?! Nak mati awal" jerkah Ryan dan Edward sekadar beriak selamba

"Aku dah dapat jejak lokasi adik kau"

"WHAT?!! REALLY?!!"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now