βαβ 12

12.2K 304 2
                                    

"Assalamualaikum, Adrian" kataku sambil tersenyum nipis

"Waalaikumsalam" jawab Adrian sambil tersenyum lebar tanpa melepaskan pegangan di bahu perempuan tersebut

Api kemarahan semakin membuak tapi aku tahan sebab aku tak ingin menuduhnya tanpa sebab

"Siapa perempuan ni? bukan main Bella nampak mesra semacam" kataku sinis

Adrian ketawa manakala aku membuat muka pelik. Asal ketawa? lucu ke apa yang aku cakap?

"Awak cemburu ke? tapi jangan risau sebab ini adik saya Jeon Somi atau Sarah Leeya" jelas Adrian

Aku melepaskan nafas lega. Nasib baik itu adiknya kalau tak dah lama dia kena penampar aku. Adrian tersengih memandang aku

"Janganlah cemburu, cik tunang" kata Adrian sambil tersengih

"Awak tahu tak saya risaukan awak? tiga hari awak tak jawab call saya dan tak jumpa saya. Awak pergi mana?" kataku minta penjelasan

"Saya pergi Korea, sayang. Jemput ahli keluarga saya untuk pergi ke majli pernikahan kita" kata Adrian jujur

"Awak biar betul?! pernikahan kita kan dilangsungkan tahun depan, asal awal sangat jemput keluarga awak?"

"Biarlah sayang. Nanti tak banyak yang kerja kita perlu buat" katanya lalu mengenyitkan mata

"Ehem! jangan palaukan orang yang single ni. Kalau nak bermanis bagai bolehlah kahwin cepat" sindir Sarah

Kami sekadar tersengih


❤🌹❤🌹


"Tengku Daniel Darwish bin Tan Sri Hisyam!" jerit ayah Daniel

Daniel terkocoh-kocoh pergi ke ruang tamu apabila ayahnya menjerit bagai. Pasti ada masalah sampai ayahnya berteriak dan menyebut penuh namanya

"Kenapa ayah? ada masalah di syarikat ke? ada orang buat masalah ke?" tanya Daniel bertubi-tubi

"Tak adalah" kata ayah sambil tersengih

Daniel memandang pelik ke arahnya

"Ayah panggil kamu sebab kita dapat jemputan ke majlis makan malam di Hotel Zenith sempena pembukaan  Syarikat AmXier malam ni"

"Mula jam berapa?"

"Dalam jam 7:00 dan pastikan Daniel sampai awal" kata ayah tegas

Daniel sekadar mengangguk dan terus naik ke atas

"Abang yakin ke nak bawa Daniel pergi makan malam di Hotel tu?" tanya Puan Sri Zarinah

"Abang yakin sayang. Kenapa sayang cakapa begitu?" tanya Tan Sri Hisyam kepada isterinya

"Tak adalah sebab saya takut Daniel buat perangai" kata Puan Sri Zarina risau

"Tak perlu risaulah sebab Daniel dah besar dan dia tahu untuk bersikap profesional dan rasional"

Puan Sri Zarinah sekadar mengangguk walaupun dalam hatinya risau

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now