βαβ 62

6.9K 171 11
                                    

5 bulan kemudian

Aku perlahan-lahan membuka mataku dan bangun dari katil. Kelihatan sebuah taman yang indah dan dipenuhi bunga-bunga yang cantik

Aku berjalan mengelilinginya sambil tersenyum manis. Aku segera mendekati ke arah sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga kegemaranku

Bunga Ros

Aku melihat terdapat banyak jenia warna bunga ros. Ada merah, putih, merah jambu dan banyak lagilah

Baru sahaja aku ingin mengambil bunga ros yang berwarna merah, terdapat sebuah tangan yang turut ingin mencapai bunga tersebut

Tangan tersebut segera mencapai bunha tersebut lalu segera diberikan kepadaku

"Terima kasih!" kataku dengan gembira

"Sama-sama, sayang"

Hatiku terus sahaja berdegup kencang apabila dia memanggilku 'sayang' dan suara tu aku kenal sangat

Aku segera mendongak ke arah empunya suara dan terpaparlah wajahnya sambil tersenyum manis

"Abang rindu sayang" kata Daniel sambil tersenyum manis

"Sayang cepatlah sedar sebab ramai yang rindu dekat Bella" katqnya sambil membelai lembut pipiku

Baru sahaja aku ingin menepis tangannya, kelihatan seoramg lelaki menumbuk muka Daniel dengan kuat

"Abang Ryan..."

"Kenapa kau lawat adik aku, hah?! Kau boleh selamba lawat adik aku sedangkan kau banyak buat salah dekat dia!" tengking Ryan

Aku berkerut mendengar kata-kata Ryan sebentar tadi

lawat? Daniel lawat aku? Aku dekat mana sebenarnya ni?

Semakin banyak persoalanku bermain di mindaku. Aku segera mendekati Ryan

Baru sahaja aku ingin menegur Ryan, dia terus bercakap dengan Daniel dengan kasar dan membuatkan aku tergamam

"Bella koma dan hampir 5 bulan dia tak sedarkan diri! Aku bersyukur sangat sebab pembedahannya berjaya
dan aku berharap sangat bila dia sedar nanti, kau jangan tunjuk muka kau depan dia!"

Aku ko-oma? 5 bulan?!

Dan pandanganku terus sahaja gelap- gelita

Aku pengsan

♥♥♥♥♥♥

"Kau keluar sekarang!"

Bergema wad tersebut dengan suara Ryan. Nampak sangat dia marah dan benci dengan kehadiran Daniel

"Kalau aku tak nak?" kata Daniel kepada Ryan

BUKK!!

"Ryan!" jerit Farah

Farah yang berada di sebelah Ryan terus sahaja menahan Ryan daripada menumbuk Daniel dengan lebih teruk

Farah mengusap belakan Ryan dengan perlahan untuk menenangkan perasaan amarah suaminya itu

"Kau berambus sekarang! Aku tak mahu tengok muka kau drkat sini lagi. Kau datang lagi, memang pecah muka kau dengan penumbuk aku ni!" tengking Ryan

Daniel mengeluh apabila mendengar ugutan daripada Ryan

Baru sahaja dia ingin keluar dari wad tersebut, dia terus berpaling apabila mendengar suara yang telah lama dia tak dengar

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now