BaB 76

6.7K 167 8
                                    

Seminggu sebelum majlis perkahwinan💎

Cermin mata hitam dibuka lalu diletakkan di atas kepala. Aku melihat sekeliling dewan yang telah cantik dihias

"Berapa peratus sudah siap?" tanyaku kepada Aini yang merupakan wedding planner

"Hampir 88 peratus sudah siap. Pelamin akan ditambahkan bunga berwarna putih seperti yang awak minta dan kami hanya perlu menghias meja makan untuk tetamu serta kerusi" jelas Aini seraya melihat buku catatannya

Aku sekadar mengangguk sahaja. Aku teramat puas hati sekarang memandangkan ia hampir siap

"Kak Aini memang tak pernah mengecewakan saya. Itu sebabnya Kak Aini jadi wedding planner kegemaran saya forever" kataku seraya menunjukkan thumbs up

Aini sekadar tersengih sahaja. Antara semua klien yang pernah mengupahnya sebagai wedding planner, dia paling rapat dengan Bella sebab orangnya peramah dan sporting

"Ada-ada jelah kamu ni, Bella" kata Aini seraya menepuk perlahan bahu Bella

Aku sekadar tersengih sahaja. Aku melihat kembali keadaan di dewan dan semua pekerja tekun menyiapkan segala perhiasan di dewan tersebut

"Semua okay ke?"

Aku terus menoleh ke kiri apabila terdengar suara melontarkan soalan kepadaku. Aku tersenyum ke arahnya sebelum menganggukan kepala

"Cantiknya pelamin tu!" puji Daniel

"Tengoklah siapa yang pilih" kataku dengan bangganya

Daniel sekadar tersenyum sahaja. Memang dia akui yang Bella memang pandai pilih pelamin dan ia amatlah cantik!

Daniel memandang ke arah Aini dan Aini turut memandang ke arahnya. Daniel memberi isyarat kepada Aini untuk membiarkan dia berdua dengan Bella

Aini sekadar mengangguk faham

"Bella, akak minta diri dulu. Ada perkara penting nak selesaikan" kata Aini lantas sahaja dia meninggalkan pasangan tersebut bersendirian

Aku memandang sahaja kelibat Aini yang tergesa-gesa keluar dari dewan

Something fishy here...

"Awak suruh Kak Aini yang pergi, kan?"

Daniel mengalihkan pandangannya ke arah Bella. Jelas kelihatan wajahnya tampak serius

"Kalau aku suruh pun ada masalah ke? Tak boleh ke kalau aku nak berdua-duaan dengan cik tunang dan bakal isteri aku?"

Aku tersenyum penuh makna membuatkan Daniel menjongketkan keningnya

"Kau kenapa senyum begitu?"

"Awak tak tahu ke sebenarnya ada orang ketiga yang dekat dengan kita?" kataku dan semakin lebar senyumanku

Daniel terus sahaja melihat sekeliling apabila aku bercakap tentang 'orang ketiga'. Aku tergelak melihat Daniel melilau cari orang tersebut

"Mana ada orang dekat dengan kita. Hijab kau terbuka ke sampai kau boleh nampak 'orang ketiga' di sini?" polos sahaja Daniel membuatkan aku tergelak besar

"Hijab saya tak terbukalah. Awak tak nampak ke yang saya pakai hijab di kepala?" kataku seraya menunjukkan ke arah tudung yang sedang aku pakai

"Aku tanya betul-betul tapi kau sempat lagi buat loyar buruk pula. Nasib kau belum jadi isteri aku kalau tak, memang habis aku kiss bibir kau sampai lebam!"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now